Mahkamah benarkan Zarina Anjoulie dapatkan penghakiman ingkar terhadap Amyza Aznan

- Advertisement -

PELAKON dan model, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul berjaya mendapatkan penghakiman ingkar terhadap pelakon, Azizah @ Amyza Aznan dalam kes saman fitnah bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM3 juta.

Zarina Anjoulie mendapat kebenaran itu setelah ia diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Datuk Azimah Omar membenarkan permohonan Zarina Anjoulie selaku plaintif berikutan Amyza sebagai defendan gagal memfailkan memorandum kehadiran untuk menjawab saman itu pada tarikh yang ditetapkan.

“Saman yang difailkan plaintif adalah mengikut prosedur dan teratur, namun defendan telah memasukkan kehadiran untuk menjawab saman itu lewat,” kata hakim itu.

Mahkamah juga memerintahkan Amyza membayar kos RM2,500.

Peguam Rejinder Singh yang bertindak bagi pihak Amyza memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya akan memfailkan permohonan bagi mengetepikan penghakiman ingkar itu Isnin ini.

“Kami juga memohon kepada mahkamah untuk penggantungan prosiding kes saman sehingga pelupusan permohonan penghakiman ingkar oleh pihak kami didengar di mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Rejinder berkata anak guamnya telah memasukkan kehadiran untuk menjawab saman difailkan Zarina Anjoulie pada 1 Julai lalu, setelah dimaklumkan oleh peguam plaintif.

“Defendan tidak pernah menerima apa jua writ saman dan penyataan tuntutan kerana ia diserahkan di alamat yang beliau (defendan) tidak tinggal.

“Anak guam saya hanya menyedari ada satu permohonan ingkar kehadiran yang dibuat oleh plaintif setelah dimaklumkan oleh rakan media lain yang memintanya untuk memberi komen mengenai perkara itu pada 25 Jun lalu,” kata peguam itu.

Sementara itu, peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Zarina Anjoulie ketika ditemui pemberita berkata plaintif akan memfailkan permohonan supaya mahkamah membuat taksiran ganti rugi berikutan keputusan hari ini.

Pada 23 April lepas, Zarina Anjoulie, 34, menfailkan saman terhadap Amyza dan mendakwa selepas pengumuman kerajaan berhubung Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada rakyat dalam golongan B40 dan M40 yang berpendapatan sebulan RM8,000 ke bawah, sebahagian daripada golongan artis tempatan turut menyuarakan pendapat mereka, dan menyatakan bahawa pihak kerajaan perlu memberikan satu ‘bantuan khusus’ bagi mereka atau penggiat seni negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat