‘Ibu bapa terima saya’- Safiey Illias

- Advertisement -

PENDEDAHAN ‘berani mati’ usahawan dan selebriti, Safiey Illias mengenai kos pembedahan dan rawatan kosmetik dibuat serta peratus keaslian tubuh dimiliki mengundang pelbagai persepsi masyarakat.

Apatah lagi tahun lalu Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias berkongsi sudah kembali kepada fitrah iaitu lelaki.

Ditanya mengenai penerimaan kedua ibu bapanya terhadap keputusan dibuat dengan memilih menjadi ‘wanita’, Safiey berkata mereka sudah memahami apa yang dilaluinya.

“Selepas mereka maklum saya bertarung dengan penyakit bipolar dan diberi penerangan mengenai apa yang saya lalui oleh pakar psikiatri, mereka faham.

“Sebab apa yang saya perlukan sekarang adalah sokongan moral daripada mereka dan keluarga. Saya tidak perlukan kata-kata nasihat sebab penyakit seperti ini hanya nak ada orang yang mendengar apa kita lalui,” katanya kepada Harian Metro.

Safiey yang juga penyanyi lagu Syinta Gila berkata, penyakit bipolar yang dialami itu membuatkan dirinya menjadi tidak menentu tanpa mengira waktu.

“Saya sekejap ‘happy’ menjadi lelaki, sekejap tidak. Situasi memang tak menentu dan ini membawa kepada penyakit. Ini bukan soal iman. Ia boleh datang bila-bila masa saja,” katanya.

H Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat