FINAS tubuh jawatankuasa bantu penggiat industri muzik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menubuhkan jawatankuasa sementara industri muzik bagi membantu penggiat seni yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Penubuhan jawatankuasa sementara itu diputuskan selepas FINAS menerima memorandum daripada persatuan muzik pada 7 Julai lalu.

FINAS dalam kenyataan menyebut, keputusan itu dibuat pada mesyuarat ahli perbadanan yang diketuai Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid di sini, hari ini.

Selain itu, FINAS memaklumkan, lanjutan tempoh pengecualian syarat permohonan lesen pengeluaran filem

kepada pengusaha filem bagi permohonan lesen baharu dan pembaharuan lesen di Sabah dan Sarawak untuk tempoh dua tahun bermula 2 Oktober depan.

“Antara pengecualian diberi adalah syarat modal berbayar sebanyak RM50,000 dan berdaftar dengan persatuan perfileman.

“Bagaimanapun, syarat sedia ada adalah kekal kepada pemohon yang ingin menerbitkan filem cereka untuk tayangan di pawagam,” kata kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat