Pertama Kali Berjumpa Perdana Menteri, Pavithra Gugup Bila Ditanya ‘Tak Masak Ke?’

Selepas beberapa kali namanya disebut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media sebelum ini, Youtuber S. Pavithra pada semalam akhirnya berjaya bersemuka dengan individu yang sedikit sebanyak menaikkan popularitinya sebelum ini.

Pertemuan antara Pavithra dan perdana menteri itu dilaporkan berlaku dalam  Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya pada semalam yang juga merupakan pertemuan kali pertama antara kedua-duanya.

Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
ssss

PAVITHRA KETIKA MENERIMA HADIAH DARIPADA PERDANA MENTERI SEBELUM INI

Walaupun namanya sudah menjadi sebutan dan dikenali di seluruh negara, namun perkara itu langsung tidak berjaya menghilangkan perasaan gugup wanita berusia 28 tahun itu apabila disapa perdana menteri.

Menurut laporan Bernama, beliau dilaporkan sedikit gugup dan tergamam apabila disapa oleh perdana menteri dalam majlis tersebut dan ketika ditanya ‘Pavithra, tak masak ke?’

“Tadi beliau juga tanya saya tak makan ke? Saya rasa terlalu gementar sehingga saya hanya kata ah, ah ya…

“Perkataan saya tersekat sikit,” jelas Pavithra yang terkenal dengan video masakannya di YouTube sebelum ini.

Hubungan baik antara perdana menteri dan pasangan suami isteri yang menjalankan saluran YouTube Sugu Pavithra itu bukanlah sesuatu yang baru dan sememangnya diketahui umum.

Nama mereka bukan saja sering disebut ketika sidang media sepanjang berlangsungnya siri perintah kawalan pergerakan sebelum ini, malah mereka juga turut menerima hadiah daripada perdana menteri.

Pasangan tersebut mula menarik minat masyarakat selepas menghasilkan video-video masakan dan turut berkongsi resepi tradisional dalam saluran YouTube mereka yang kini sudah pun mencatatkan 767,000 subscribers dan semakin menghampiri video ke 100 mereka di platform tersebut.

The Vocket

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Berita Berkaitan

Kekalkan Budi Bahasa Di Alam Maya

Oleh: Prof Madya Dr Khairunesa Isa Impak dunia tanpa sempadan dan Revolusi Perindustrian 4.0 menyaksikan penggunaan teknologi banyak mengambil alih peranan manusia secara konvensional dalam...

Gembira di belakang tabir

SEBUT saja nama Tam Suhaimi, 41, ramai penggiat seni otai termasuk barisan pelakon lama dan baharu yang mengenalinya. Ditambah, bakat lakonan Tam sudah diketengahkan sejak...

Kediaman Chris Brown diserbu polis

Los Angeles: Pesta hari jadi ke-32 penyanyi Chris Brown terbantut apabila kediamannya diserbu polis selepas mendapat laporan bunyi bising daripada penduduk kawasan kejiranannya, di...