Rosmah Rindu Lihat Najib Di Pentas PAU

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor akui rindu dan terbayang kelibat suaminya, Datuk Seri Najib Razak di atas pentas Perhimpunan Agung Umno (PAU) seperti sebelum ini.

Isteri bekas Perdana Menteri dan juga Presiden Umno itu berasa sedih apabila suaminya tidak berada bersama dengan ahli-ahli Umno ketika persidangan tahunan parti Melayu itu.

“Saya rasa sedih oleh kerana beliau tidak dapat bersama- sama dengan kita.

“Bahkan kadang-kadang saya juga membayangkan ketika beliau menjadi Presiden Umno …bagaimana dia duduk di atas itu (pentas PAU).

“Biasanya dia akan fikir apa lagi nak cakap, apa lagi yang dia patut buat untuk ahli Umno, orang Melayu dan negara ini,” katanya ketika ditemui media di WTCKL pada Sabtu sempena PAU 2023.

Rosmah juga berkongsi bahawa Najib sering termenung memikirkan soal rakyat.

“Saya nak beritahu, dia (Najib) selalu fikirkan rakyat dan negara.

“Kadang-kadang saya masuk motokar (kereta) dengan dia, dia tanya apa yang rakyat dan negara tak cukup lagi? ujar Rosmah.

Dalam perkembangan lain, Rosmah menegaskan bahawa beliau tidak masuk campur urusan Pengampunan Diraja dalam usaha membebaskan suaminya.

“Itu (Pengampunan Diraja) saya tak masuk campur,” kata Rosmah ringkas.

Bagaimanapun, Rosmah akui berasa amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh ahli- ahli Umno yang datang ke PAU dan menyatakan sokongan untuk pembebasan Najib.

“Saya dapat merasai betapa mereka menghayati perjuangan suami saya dan mereka berharap suami saya dapat dibawa keluar secepat mungkin dan dalam hati mereka selama ini mereka tahu bahawa suami saya tidak mendapat perbicaraan yang adil.

“Jadi semalam adalah satu manifestasi di pihak mereka apabila mereka kata kita inginkan Najib mendapat keadilan untuk najib

“Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang memperjuangkan keadilan di negara ini bukan saja untuk najib tetapi untuk semua orang dalam negara ini,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat