Akmal Menentang Arus Kuat Di PWTC – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sekali lagi memuji Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh yang dianggap tidak menjadi ‘pak turut’ kepada parti itu.

Dalam rancangan Keluar Sekejap yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia semalam, Khairy berkata ucapan yang dibuat oleh Dr Akmal pada Persidangan agung Umno (PAU) 2023 dilihat sangat berani dengan menyatakan hakikat bahawa kedudukan umno berada pada tahap paling bawah dalam sejarah.

“Walaupun kita beranggapan bahawa dia akan jadi ‘pak turut’, tetapi dia boleh nyatakan benda yang kontra dalam kepimpinan parti.

“Sebagai contoh, parti Umno akan jemput pemimpin daripada PH dan PMX(Anwar Ibrahim) akan datang juga pemimpin DAP. Ini sangat sensetif pada umno. Sebab dah lama kita musuh tiba tiba kita jemput diorang. Dan sayap semua jemput lah, wanita jemput, puteri jemput, tetapi Dr Akmal tak jemput. Dia keluarkan kenyataan kita nak selesaikan masalah adik beradik dulu sebelum kita jemput orang lain masuk rumah kita, ini rumah kita cara kita.

“Biasanya dalam PAU, ucapan pemimpin semua mesti benda yang bagus bagus sahaja. Umno tak suka reality check, tetapi dia (Akmal) sebut, hakikatnya kita perlu sedar bahawa kedudukan Umno berada pada tahap paling bawah dalam sejarah,” katanya.

Khairy berkata, ucapan yang disampaikan oleh Ketua Pemuda itu juga menunjukkan sayap parti itu mempunyai keberanian dan percaya beliau kini sedang menentang arus.

“Dia berani cakap begitu. Bila saya baca ini saya tahu ini bukan mudah didengar oleh pemimpin atasan Umno.

“Memetik ucapan dia (Akmal), Umno tak mampu berpecah, Umno tak mampu untuk bertelagah, jangan kita sindir sindir parti kita yang diluar, jangan perkecilkan mereka diluar, mereka juga mempunyai jasa kepada parti kita.

Khairy juga menyatakan tidak menyangka Dr Akmal mampu menyatakan pendirian dimana beliau merupakan calon yang ‘mendapar restu’ dan disokong penuh oleh Presiden ketika pemilihan parti sebelum ini.

“Dr Akmal Saleh semasa pemilihan parti yang mana saya tak dapat bertanding sebab saya dipecat dan Shahril digantung, kita endorse dalam keluar sekejap beberapa calon seperti YB Shahar. Sebab beliau calon yang independent.

“Dr Akmal pula candidate yang dapat restu oleh Bekas Ketua Pemudah dan juga Presiden Parti. Tetapi yang mengejutkan saya dia telah menjadi seorang yang ada suaranya sendiri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat