Elok DAP Minta Maaf Tapi Jangan Jadi Punca Keretakan – Tok Mat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Permohonan maaf yang dituntut Pemuda Umno daripada DAP adalah perbuatan yang baik untuk menghapuskan syak wasangka dan kesangsian antara satu sama lain.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, isu desakan permohonan maaf oleh DAP itu tidak seharusnya dijadikan polemik sehingga menjadi punca keretakan Kerajaan Perpaduan.

Akui Mohamad permohonan maaf itu akan menjadi suatu perkara yang baik sekiranya DAP dapat menyahut seruan Ketua Pemuda Umno itu.

“Saya bila diminta pandangan berkenaan dengan permohonan maaf oleh Pemuda Umno kepada DAP, saya kata tak ada salahnya ia adalah satu perkara baik.

“Jika DAP boleh membuat permohonan maaf kepada rakyat Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak… kalau boleh (minta maaf juga dengan Umno).

“Kita akan menjadi rakan dalam Kerajaan Perpaduan ini, jadi ini untuk menghapuskan syak wasangka dan kesangsian antara satu sama lain.

“Ada yang kata benda ini tak ada perlunya kerana masing-masing penilaian. Kita tak mahu isu ini jadi punca kepada keretakan Kerajaan Perpaduan,” kata Menteri Pertahanan itu ketika ditemui media di WTCKL pada Sabtu sempena PAU 2023.

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menuntut DAP memohon maaf atas tohmahan yang pernah dilemparkan kepada Umno bagaimanapun Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berpendirian untuk melupakan kisah silam memandangkan ‘perdamaian’ telah disepakati sewaktu bersama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat