“No more yes boss, betul boss, terbaik boss” – Pemuda Umno Kinabatangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno berikrar membawa perubahan dalam parti dengan memperjuangkan suara akar umbi meskipun dilabel parti di dalam parti.

Ketua Pemuda Umno Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim Mokhtar menegaskan, bukanlah niat Pemuda Umno mahu melawan jauh sekali menderhaka sebaliknya sayap Umno itu cuma akan berkata benar meskipun pahit.

“Pemuda bertekad membawa perubahan yang diinginkan oleh rakyat, No more yes boss! Betul boss! Terbaik boss!

“Pemuda juga bertekad memperjuangkan suara akar umbi meskipun dilabel parti di dalam parti.

Kami bukan mahu melawan jauh sekali menderhaka kami cuma akan berkata apa yang benar meskipun pahit,” katanya ketika perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 di WTCKL pada Sabtu.

Mengulas lanjut, kata beliau walaupun Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertindak di luar jangkaan apabila menyertai pembentukan Kerajaan Perpaduan namun ia disifatkan adalah jalan terbaik.

“Walaupun luar jangkauan, hala tuju Presiden Umno ambil adalah yang terbaik. Kita sewajarnya memberikan peluang untuk kita sama-sama memulihkan parti.

“Jangan risau pakcik makcik di dewan mahupun di kampung, Pemuda Umno tidak akan sekali menggadaikan prinsip perjuangan Pemuda iaitu
berani memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera.

“Berani menjadi benteng hadapan mempertahankan agama Islam tanpa mendiskriminasi agama lain. Pemuda juga berani menyuarakan suara akar umbi meskipun bertentengan dengan parti gabungan lain.

“Itulah janji dan ikrar Pemuda! Ramai sayangkan Umno namun mahu melihat perubahan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat