Umno Tak Dapat Halang Bekas Ahli ‘Kutuk’ Parti – Mohamad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno tidak dapat menghalang bekas ahlinya daripada bercakap buruk mengenai parti.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun berharap ahli-ahli Umno boleh menilai sendiri ‘suara-suara sumbang’ yang berbunyi dan bandingkan situasi sebenar yang berlaku dalam parti.

“Kita tidak dapat menahan orang daripada bercakap apa juga yang diperkatakan dan dilemparkan.

“Ahli Umno boleh nilai sendiri apa juga yang dikatakan kerana kita mengamalkan kekebasan bersuara tambahan pula mereka tidak lagi bukan merupakan ahli (yang dipecat) dan yang digantung itu terpulang kepada mereka untuk bercakap, kita tidak boleh halang,” katanya ketika ditemui di Laman Media pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 pada Sabtu.

Pun begitu, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan menganggap kata-kata negatif yang dilemparkan bekas ahli-ahli Umno itu sebagai perang saraf (psywar).

“Tetapi Umno parti yang telah lama, saya jangkakan ahli boleh buat penilaian sendiri.

“Kadang-kadang ada ungkapan yang mereka lemparkan itu merupakan psywar, melepaskan geram saya harap ahli Umno tidak terganggu dengan apa yang dikatakan.

“Kita move forward seperti yang saya cakap dalam perasmian Puteri, Pemuda dan Wanita, kita tidak lagi mampu berpecah dan tidak mampu lagi berselisih dan berpuak-puak dan kurangkan sindir menyindir satu sama lain,” nasihat beliau.

Bagaimanapun Mohamad juga mengingatkan ahli dan pimpinan Umno untuk menggunakan saluran yang ada dalam parti bukannya membuat teguran terbuka.

“Jika ada pandangan atau untuk menegur parti, gunakan saluran yang ada dalam parti untuk kita bincang dan perbaiki apa kelemahan.

“Umno tidak lekang daripada kelemahan dan jika ada pandangan yang baik salurkan dalam saluran parti,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat