KJ Dan Noh Tak Rayu Masuk Balik Umno – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tan Sri Noh Omar serta ahli lain yang dipecat tidak membuat rayuan untuk menyertai semula Umno setelah dilucutkan keahlian pada Januari lalu.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun mengumumkan ramai dikalangan ahli Umno yang digantung menghantar surat rayuan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk kembali menjadi ahli parti itu.

“Ramai rakan yang digantung keahliannya mengemukakan surat rayuan untuk diterima balik sebagai ahli Umno.

“Justeru itu, Lembaga Disiplin parti akan buat penelitian terhadap semua rayuan yang dikemukakan dan ia akan dibawa ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk buat keputusan muktamad.

“Kita tak dapat kongsikan angka (ahli merayu) tapi ramai.

“Mereka yang dipecat tidak termasuk dalam kenyataan saya,” ujar Timbalan Perdana Menteri itu pada sidang media selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 pada Sabtu.

Untuk rekod pada Januari lalu, Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian parti tersebut.

Setiausaha Agung Umno ketika itu, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, turut dipecat ialah lima orang ahli Umno Bahagian Pasir Gudang, sembilan orang ahli Umno Bahagian Putrajaya, dua orang ahli Umno Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli Umno dari negeri Pahang.

Selain itu, ahli Umno yang digantung hak-haknya dalam parti selama enam tahun ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan.

Mengulas lanjut Zahid yang juga Pengerusi BN menyatakan beliau berharap mereka yang digantung ataupun lebih daripada itu dapat dinilai selepas tindakan itu diambil.

“…Sama ada mereka benar-benar orang parti atau benar-benar gunting dalam parti.

“Kalau benar-benar orang parti, tidak berkokok di sana dan di sini menghentam parti dari luar. Kalau benar sayangkan parti mereka harus akur bahawa apa yang pernah dilihatkan oleh Datuk Lokman Adam walaupun dipecat daripada parti, beliau tidak pernah menikam parti dari luar,” kata Zahid lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat