Tidak minat dan tidak mahu bersubahat dengan Zahid – Tun Faisal

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya Datuk Tun Faisal Ismail Aziz tidak berminat kembali kepada UMNO walaupun ditawarkan.

Tegasnya, walaupun ditawarkan jawatan yang sama dalam UMNO, beliau tak mahu bersubahat dengan pengkhianatan Zahid terhadap pengundi-pengundi tradisi UMNO.

Jelas Tun Faisal lagi, dirinya tidak sanggup bersubahat menyamak dan mensucikan Dap, bekas banduan penjenayah liwat dan golongan liberal sekular yang telah banyak mengakibatkan ketidak stabilan dalam negara dan gangguan kepada keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Saya juga tak berminat sebab melihat selagi Zahid merupakan Presiden UMNO, UMNO ini beyond repair dan tetap ditolak rakyat, terutamanya pengundi tradisi UMNO dan BN.

“ Pada pandangan saya, mereka yang bermaruah juga akan menolak jika ditawarkan menjadi ahli semula kerana mereka tahu mereka tidak bersalah sebaliknya Zahid dan penyokong-penyokongnya yang bersalah sehingga UMNO gagal teruk semasa PRU15.” tulis beliau menerusi catatan Facebooknya.

Tun Faisal mengulas ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menimbangkan semula kedudukan ahli UMNO yang digantung dan dipecat dan gesaan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dr Akmal Salleh agar barisan kepimpinan menerima semula ahli yang dipecat dan digantung bagi memperkasa parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang pada Persidangan Agung UMNO (PAU) 2023 yang berakhir sebentar tadi.

Menurut Tun Faisal, memang tak salah terima semula mereka yang dipecat.

katanya, yang buat salah selama ni adalah mereka yang memecat dan menghukum gantung pemimpin-pemimpin UMNO yang berbeza pendapat dengan Presiden dan menentang Presiden di atas pengkhianatan yg dilakukannya sejak tahun 2020 apabila menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan membentuk Jajaran Baru dengan Dap dan PKR.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat