Kembalikan maruah Umno pada PRN ini – Mohamad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno menjangkakan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan berlangsung pada penghujung Julai atau bulan Ogos.

Hal demikian, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu perlu memanfaatkan tempoh masa yang berbaki untuk bekerja keras bagi mengembalikan maruah dan martabat parti.

“Kepada rakan-rakan yang akan menghadapi PRN tak lama lagi, Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan pada hujung bulan ini. Maka kita jangka PRN hujung Julai atau Ogos.

“Maka kita tak punyai masa. Kalau boleh letak 24 jam bekerja untuk parti sehari, kita tak mempunyai masa yang banyak,” katanya pada sesi penggulungan di PAU 2023, pada Sabtu.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan meminta jentera dari negeri yang tidak ada pilihan raya untuk membantu enam negeri yang terlibat.

“Kita telah letak negeri-negeri angkat bagi bantu kawan-kawan kita di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Ini misi kita mempertahankan maruah dan martabat, itupun jika masih ada. Maka mari kita sama-sama teruskan tekad, pastikan kita dapatkan kemenangan yang dibanggakan,” seru beliau.

Dalam perkembangan sama, Mohamad juga mengingatkan supaya semua jentera disusun rapi dan mengelakkan membuat sebarang kenyataanyang boleh mengelirukan rakyat.

“Saya bersama rakan-rakan akan sentiasa laporkan kepada Presiden Umno tentang persiapan kita.

“Tetapi yang penting kita susun elok jentera dan elakkan buat kenyataan yang boleh mengelirukan orang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat