Cari jawapan kenapa pengundi tegar tolak Umno – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno perlu segera mencari jawapan mengapa pengundi tegar dan masyarakat luar bandar tidak lagi mengundi parti itu pada pilihan raya yang lepas.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada keputusan pada PRU15 yang lalu Umno juga harus mengakui bahawa masyarakat di luar bandar yang sering dikaitkan sebagai pengundi tegar dan pendokong setia kita, juga telah mula menolak parti itu.

Menurut Pengerusi Umno Pahang itu lagi, dalam pembentangan oleh Setiausaha Agung Umno semalam, beliau kongsikan bahawa angka terkini ahli Umno di seluruh negara, adalah berjumlah 3.4 juta orang.

Manakala pada PRU15 yang lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan, bahawa Barisan Nasional (BN) telah memperolehi undi sebanyak 3,455,762 di seluruh negara, iaitu hampir sama banyak jumlahnya dengan ahli parti Umno.

“Berdasarkan angka ini, dan jika mengikut aturan logiknya, jumlah undi yang sepatutnya diperolehi Umno, pada PRU yang lalu, seharusnya lebih besar, berbanding jumlah keseluruhan ahli parti, dan perkara ini turut disentuh oleh jurucakap Wilayah Persekutuan, pagi tadi.
Ini kita belum lagi mengambil kira sokongan undi daripada ahli keluarga dan saudara terdekat. Dan juga belum mengambil kira jumlah
ahli dari parti-parti komponen BN.

“Persoalannya sekarang, adakah Umno dan BN hanya mendapat sokongan undi daripada ahli-ahli parti sahaja? Atau adakah kita gagal mempengaruhi ahli keluarga dan saudara terdekat untuk menyokong kita? Atau adakah jumlah ahli Umno yang benar-benar setia kepada
perjuangan parti, jauh lebih rendah berbanding angka rasmi yang kita banggakan?

“Kita harus mempunyai jawapan yang jujur dan ikhlas kepada persoalan ini. Jika kita merasakan ahli parti kita kurang berkemampuan untuk mempengaruhi ahli keluarga dan saudara terdekat untuk menyokong kita… masalah ini harus kita tangani segera.

“Selain itu, daripada keputusan pada PRU15 yang lalu, kita juga harus mengakui, bahawa masyarakat di luar bandar yang sering dikaitkan
sebagai pengundi tegar dan pendokong setia kita, juga telah mula menolak kita,” katanya pada sesi penggulungan Naib Presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 pada Sabtu.

Wan Rosdy mempersoalkan, apa yang sebenarnya terjadi.

“Sedangkan selama ini, kita dilihat telah menguasai pelbagai peringkat pentadbiran, dan menjuarai pelbagai program kebajikan untuk masyarakat di luar bandar.

“Bagi saya, kita harus segera menilai kembali dan memperbaiki peranan, keberkesanan serta keupayaan pendokong dan aktivis kita di setiap peringkat, termasuklah di luar bandar,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat