Berhenti menyindir, jemput kembali pemimpin yang dipinggirkan – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa segelintir kepimpinan UMNO agar berhenti menyindir bekas-bekas pemimpin yang dipinggirkan.

Kata Ismail Sabri, UMNO perlu menjemput kembali pemimpin-pemimpin yang dipinggirkan kerana mereka mempunyai pengalaman dan pengaruh untuk memperkasakan parti.

”Bersetuju dengan ucapan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, jemput kembali pemimpin-pemimpin kita yang dipinggirkan kerana mereka mempunyai pengalaman dan pengaruh untuk memperkasakan parti.

“Berhenti mengeluarkan kenyataan yang menyindir dan menyakitkan hati sahabat-sahabat kita.” Kata Ismail Sabri melalui kenyataan Facebooknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, ujar Ismail Sabri yang juga bekas Perdana Menteri, beliau menggesa kepimpinan berhenti memuja dan memuji orang lain.

Menurutnya, UMNO adalah parti yang berpengalaman dan mempunyai asas perjuangan yang amat jelas demi agama, bangsa dan tanah air.

Tekad harus dibulat bukan hanya sekadar menjadi penumpang tetapi perlu bangkit kembali menerajui kepimpinan negara.

UMNO perlu menerajui bukannya pelengkap untuk menubuhkan Kerajaan, tegas Ismail Sabri.

Ismail Sabri juga Ketua UMNO Bahagian Bera hadir bersama para perwakilan Bahagiannya hadir  ke Perhimpunan Agung UMNO  2023 di Dewan Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.

Ulas Ismail Sabri mengenai PAU2033, beliau mendengar dengan teliti ucapan pembahasa-pembahas yang menzahirkan tekad untuk bangkit kembali berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.

“Semoga UMNO kembali gagah seperti dulu kala”. Katanya.-

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mengalu-alukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membantu menghidupkan semula Umno.

Ini kerana beliau yakin Khairy dan Tajuddin masih sayangkan Umno meskipun berada ‘di luar’.

Jelas Dr Akmal, Umno kini berada di titik terendah dan dengan bantuan dua tokoh yang banyak berjasa kepada parti itu dapat memberikan talian hayat kepada Umno.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat