Kawal harga barang: Bersatu boleh desak Menteri Bersatu – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mengeluarkan satu kenyataan yang mendesak kerajaan mengambil langkah komprehensif bagi membendung kenaikan harga, selain memastikan bekalan barangan makanan dan keperluan harian mencukupi.

Susulan kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas dengan meminta MPT Bersatu sewajarnya mengemukakan desakan itu kepada barisan Menteri Bersatu memandangkan portfolio yang digalas.

“Ya, harap MPT Bersatu akan maklumkan perkara ini kepada Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapha Mohamed, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee,” beritahu Najib dalam hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Semalam, Hamzah berkata fokus utama mesti diberikan kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Justeru itu katanya Bersatu akan memperluaskan program bantuan prihatin rakyat yang dilaksanakan oleh parti termasuk program kebun komuniti yang kini sedang dilaksakan di beberapa kawasan.

“Program ini mampu menjana pendapatan penduduk di samping menyediakan bekalan sayuran dan makanan dengan harga yang murah,” katanya.

Semalam, satu Mesyuarat MPT Bersatu di Shah Alam yang telah dipengerusikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, mesyuarat MPT antara lain membincangkan beberapa perkara berkenaan pengurusan parti dan isu-isu semasa terutamanya inisiatif untuk menangani isu kos sara hidup rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat