Hamzah Tolak Andaian 10 MP Tarik Sokongan Jika Zuraida Tak Kekal Jawatan Menteri

- Advertisement -

KAJANG – Analisis seorang bekas pensyarah terdapat 10 ahli Parlimen akan menarik sokongan sekiranya Datuk Zuraida Kamaruddin tidak kekal dalam Kabinet disangkal.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kenyataan penganalisis politik itu hanyalah satu andaian dan beliau menjangka perkara itu tidak akan berlaku.

“Itu dia menganalisis dia punya hal. Itu terpulang kepada orang yang menganalisa. Mereka hanya buat andaian,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 Jabatan Penjara Malaysia, di ibu pejabat Penjara Malaysia hari ini.

Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri itu diminta mengulas mengenai satu laporan media di mana memetik kenyataan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain yang tidak menolak kemungkinan 10 bekas ahli Parlimen PKR akan menarik sokongan sekali gus menyaksikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tumbang jika Zuraida digugurkan daripada Kabinet.

Atory berkata adalah sesuatu yang tidak mudah untuk Ismail Sabri mengugurkan Zuraida walaupun dia telah keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Jelas beliau, Zuraida ternyata mempunyai pengaruh dalam kalangan bekas wakil rakyat dan ahli PKR.

Ini kerana pada Februari 2020, Zuraida dan 10 lagi ahli Parlimen penrah membuat langkah sama dengan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membentuk blok bebas di Dewan Rakyat.

Mereka kemudiannya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka yang keluar ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak), Zuraida Kamaruddin (Ampang), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok) ,Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat