Vaksin Covid-19: Tak Perlu Rumitkan Keadaan, Kajian Luar Negara Mencukupi – Pengamal Perubatan Swasta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kempen vaksinasi di Malaysia berjalan agak perlahan, antara lain berpunca dari proses penilaian yang perlu dilalui sebelum mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 daripada pengeluar.

Demikian pendapat disuarakan Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) Dr Steven Chow.

Katanya, pihak berkaitan terlalu menumpukan untuk mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia dan ia memakan masa yang lama.

“Kita boleh meliputi kawasan bandar, luar bandar, separa bandar, separa luar bandar. Dan ia boleh dilakukan serta-merta. Yang diperlukan hanya, bekalan vaksin.

“Dan, bekalan vaksin juga turut menjadi perkara yang merunsingkan. Kerana, hanya syarikat tertentu yang dilantik untuk membekalkan vaksin tersebut.

“Kami tertanya-tanya, kenapa perlu begitu? Terdapat banyak vaksin yang akan dibawa masuk, yang kita boleh gunakan,” katanya.
Chow berkata demikian dalam sesi perbincangan menerusi Facebook Industries Unite yang mengangkat isu ‘Mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 dan Permintaan Moratorium Bank’ pada Rabu.

Perbincangan turut disertai Tan Sri Teo CK dari Persatuan Pengurusan Kompleks (PPK) Malaysia, Datuk R Ramanathan (wakil Kuala Lumpur & Selangor Indian Chambers of Commerce & Industries), Azharee Abdul Wahid (Akademi Usahawan Mikro), Datuk David Gurupatham, Penasihat Undang-undang Kumpulan, Industries Unite dan Datuk Irwin Cheong, Ketua Penyelaras Kumpulan, Industries Unite.

Chow berkata, kerajaan kini mempunyai kuasa besar iaitu pelaksanaan Ordinan Darurat yang boleh dimanfaatkan sebaiknya ketika pandemik COVID-19.

“Ordinan Darurat membolehkan kerajaan mengetepikan semua langkah yang tidak diperlukan di NPRA, contohnya, melakukan kajian di peringkat tempatan.

“Ini adalah kecemasan. Kita tidak perlukan kajian tempatan. Mana-mana kajian luar negara sudah cukup baik untuk kita guna pakai.

“Jadi, kami harap kerajaan dapat mempermudahkan lagi proses, supaya lebih ramai yang terlibat, bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ini,” jelasnya.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat