Dr Muhaya Mohon Maaf Perkataan ‘Buat Bodoh-Bodoh’ Jadi Perbalahan

PETALING JAYA – Pakar motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad memohon maaf diatas kontroversi perkataan ‘buat bodoh-bodoh’ membabitkan dirinya.

Menurutnya, beliau mengambil tanggungjawab memohon maaf atas salah faham yang timbul dan berterima kasih kepada semua yang mengambil berat isu tersebut.

“Untuk makluman hantaran klip 56 saat tersebut adalah petikan ‘live’ di Facebook Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV berdurasi 45 minit yang diterbitkan pada 6 Februari 2021 bertajuk “Antara Cinta dan Cita-Cita”.

“Siaran ‘live’ Bonda (Muhaya) tersebut bagi menjawab persoalan KK-Talib dan komen-komen dari Facebook berkaitan wanita yang dalam dilema, antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.

“Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat terutama kaum wanita sehingga menimbulkan persoalan, perbalahanan dan sangkaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhaya berkata, beliau juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya maka sentiasa mendukung, mendoakan setiap wanita berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah S.W.T.

Justeru, katanya, mereka yang mahu mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi tersebut perlu menonton sepenuhnya rakaman video bertajuk “Antara Cinta dan Cita-Cita” tersebut.

Jelas beliau, jawapan mengenai persoalan kepada kontroversi itu hanya dapat difahami selepas itu. – Kosmo

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Menteri dan Timbalan Menteri BN Ikrar Terus Sokong Muhyiddin Hingga PRU

PUTRAJAYA - Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis...

Maut Ketika Tukar Tayar Jentera Berat

IPOH: Seorang pekerja pusat servis tayar maut selepas sekeping besi gandar terpelanting lalu terkena mukanya ketika menukar tayar jentera berat di Kawasan Perusahaan Menglembu...

Lelaki Rebah Di Restoran Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung – Polis

PETALING JAYA - Lelaki yang rebah di sebuah restoran di Taman Sri Bintang, dekat sini petang semalam disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Kejadian yang...