Sekatan Rentas Negeri Dihentikan, Sekatan Ops Mabuk Diteruskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekatan jalan raya rentas negeri di seluruh negara dihentikan mulai tengah malam tadi selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri sepanjang perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Azisman Alias berkata pihaknya masih melaksanakan sekatan jalan raya bagi tugasan-tugasan khas seperti Ops Mabuk dan samseng jalanan.

“Sekatan jalan raya rentas negeri yang didirikan akan ditutup mulai tengah malam ini, namun Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akan menjalankan sekatan jalan raya untuk operasi tertentu,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Tinjauan Bernama di Plaza Tol Gombak menuju ibu negara mendapati anggota polis dan tentera yang bertugas di sekatan jalan raya mula mengalihkan kon serta khemah di sekatan jalan raya rentas negeri di lokasi itu.

Beberapa kenderaan juga dilihat mula masuk ke ibu negara serta keluar menuju Pantai Timur untuk ke destinasi masing-masing bermula 12 tengah malam tadi dengan lancar.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata polis peronda akan ditempatkan di sepanjang lebuh raya dan jalan utama bagi memantau aliran trafik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat