OPS RBD Berjaya Tumpaskan Sindiket Penyelewengan Minyak Masak Bersubsidi.

- Advertisement -

Putrajaya – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melumpuhkan satu sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi dalam satu operasi yang dinamakan OPS RBD petang semalam dan telah menahan seramai 4 orang pengarah syarikat berhubung kuota pembekalan minyak subsidi daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Keempat-empat suspek yang ditahan berusia antara 30 hingga 41 tahun ditahan sekitar Selangor dan Putrajaya lewat petang semalam. Datuk Seri Ahmad Khusairi bin Yahaya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya  (Operasi) SPRM telah mengesahkan tangkapan ke atas 4 individu terbabit.

Menurutnya, isu berhubung penyelewengan minyak masak bersubsidi ini merupakan isu ketirisan yang mengakibatkan kerugian ratusan juta ringgit buat kerajaan.

Berdasarkan perkiraan kasar SPRM, sindiket ini telah mengaut keuntungan atas bayaran subsidi sebanyak RM21.6 juta sejak beroperasi selama 3 tahun dan terdapat 9 buah syarikat yang dikawal oleh sindiket ini.

SPRM turut membekukan 12 akaun milik individu dan syarikat berjumlah lebih
RM25 juta.

Berdasarkan semakan dengan KPDNHEP, sindiket ini telah diberikan kuota perbekalan minyak masak sebanyak 1,000 tan sebulan. Sepatutnya, syarikat-syarikat ini perlu memproses dan membungkus semula minyak masak untuk pembungkusan 1 kilo dan dibekalkan untuk kegunaan peruncit dan orang ramai khususnya masyarakat luar bandar.

Apa yang berlaku, minyak masak bersubsidi ini tidak dibungkus sebagaimana yang sepatutnya dan sebaliknya dikumpul dan dieksport keluar negara.

Ketirisan yang berlaku ini menyebabkan bekalan minyak masak telah berkurangan di pasaran dan menjadi keluhan buat rakyat dan peniaga kecil.

Selain mendapat keuntungan berlipat kali ganda dengan menjualnya ke luar negara, syarikat-syarikat ini turut menuntut bayaran subsidi daripada Kerajaan bagi urusan pembungkusan dan pembekalan minyak masak yang kononnya dibuat mereka.

Kesannya dalam tempoh 3 tahun saja, sebanyak RM21.6 juta telah dituntut dan diselewengkan.

Kempat-empat suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk permohonan reman di bawah sksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Siasatan dibuat atas kesalahan di bawah seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih dari 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat