Geran padanan, LPP bantu pemilikan jentera kecil dan sederhana

- Advertisement -

KENINGAU — Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) komited membantu para peladang melalui geran padanan pemilikan jentera kecil dan sederhana sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata pada tahun 2023, Lembaga Pertubuhan Peladang telah membantu melalui 17 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh Sabah untuk memiliki jentera kecil dan sederhana dengan jumlah peruntukan sebanyak RM500 ribu.

“Bagi Rolling Plan Keempat (RP4) RMKe-12, LPP telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membiayai permohonan daripada 20 PPK di wilayah Sabah.

“Penggunaan teknologi mekanisasi dan jentera dalam sektor pertanian mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh sekali gus memastikan pengeluaran makanan negara tidak terjejas,” jelasnya.

Katanya melalui program Pemilikan Jentera Kecil Dan Sederhana Secara Geran Padanan, LPP menawarkan pembiayaan pembelian jentera dengan nisbah 70:30 iaitu 70% daripada nilai jentera atau peralatan akan dibiaya oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

“Manakala katanya baki 30% lagi adalah di bawah tanggungan pemohon dengan had pembelian jentera atau peralatan sehingga RM20 ribu,” katanya.

Dalam pada itu, Arthur turut menyeru kepada ahli-ahli Peladang yang terlibat bidang pertanian untuk mengambil peluang dan memohon di pejabat Pertubuhan Peladang mengikut bidang usaha masing-masing.

“Secara umum antara jentera yang boleh dipohon adalah seperti mini jentuai, traktor 2 roda, jentanam dan peralatan pertanian kecil yang bersesuaian,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Peladang di Kampung Panagatan Ulu yang dihadiri kira-kira 120 pesawah, petani dan peladang di sekitar Keningau.

Di majlis tersebut, Arthur turut menyampaikan kelulusan pembelian jentera kecil dan serdahana melalui program geran padanan kepada PPK Keningau dengan nilai jentera dan peralatan berjumlah RM39 ribu.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LPP, Encik Amir Matamin; Pengarah LPP Sabah, Puan Hadriyani Ahmad dan Pengerusi AJP Pertubuhan Peladang Keningau, Encik Alexius@Sius Paulus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat