Ewon rasmi Co-Opbank Pertama (CBP) Cawangan Papar

- Advertisement -

PAPAR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick merasmikan Co-Opbank Pertama (CBP) Cawangan Papar, di Parlane City Benoni, di sini, hari ini.

Ewon turut merasmikan Bank Bergerak
CBP yang diperkenalkan buat pertama kali di Sabah. Ini merupakan satu
inisiatif untuk memberi kemudahan kepada penduduk sekitar kawasan Papar bagi membuat urusan perbankan.

Beliau berkata, menerusi perkhidmatan Bank Bergerak ini, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan yang sama ditawarkan di kaunter cawangan CBP seperti deposit, simpanan dan juga menandatangani pembiayaan.

“Sempena majlis ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(KUSKOP) dengan kerjasama Co-opBank Pertama (CBP) turut menganjurkan Program Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP).

“Program ini merupakan satu platform untuk menghebahkan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan gerakan koperasi kepada orang awam.

“KUSKOP berharap mesej untuk membudayakan koperasi dalam
kalangan setiap lapisan masyarakat dapat diperkukuhkan dan menjadikan koperasi sebagai gaya hidup dalam menangani masalah kos sara hidup yang semakin tinggi,“ katanya.

Katanya lagi, KUSKOP sebelum ini telah melaksanakan beberapa Program MASKOP dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

“Pada kali ini, MASKOP dilaksanakan secara bersama dengan CBP untuk
mengetengahkan CBP sebagai salah satu koperasi premier. Antara pengisian
menarik ialah sesi libat urus daripada SKM dan IKMa bagi menerangkan fungsi dan peranan masing-masing dalam membangunkan sektor koperasi,“ katanya.

Selain itu, satu sesi taklimat daripada CBP juga disediakan bagi menerangkan kepada para jemputan berkenaan kebaikan dan manfaat berkoperasi dengan menjadi ahli koperasi CBP.

Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) turut diadakan dengan tawaran
potongan harga sehingga 30 peratus bagi barangan keperluan asas harian seiring dengan elemen “Kesejahteraan” Malaysia MADANI.

Ewon berharap, penggemblengan tenaga dan usaha agensi-agensi kerajaan, koperasi dan usahawan yang terlibat dalam program ini akan mencapai satu matlamat yang sama dalam menjayakan visi KUSKOP iaitu menjadikan Malaysia sebuah keusahawanan unggul yang bersatu, makmur dan bermaruah.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali yang juga Ahli Parlimen Papar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat