Tak salur peruntukan pembangkang: Di mana perjuangan reformasi institusi Anwar? – Wan Saiful

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih ada sekelumit minat terhadap reformasi institusi, maka peruntukan Parlimen seharusnya diberikan secara automatik kepada semua yang dipilih rakyat, tanpa perlu apa-apa perbincangan.

Malah peruntukan dana pembangunan kawasan Parlimen sepatutnya dimasukkan dalam Akta Pendanaan Politik yang dilaksanakan secara sama rata tanpa mengira siapa berkuasa, kata Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

“Pemangku Sultan Pahang bertitah berikan peruntukan adil kepada pembangkang. Perjuangan Pakatan Harapan (PH) selama ini pun ada agenda peruntukan adil untuk pembangkang.

“Tapi kalau ikut pemikiran PH-Umno, Perikatan Nasional (PN) mesti berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu.

Bagi kerajaan PH-Umno, titah Anwar boleh menafikan pilihan rakyat,” kata Wan Saiful dalam kenyataan pada Rabu.

Jelas beliau, dalam sebuah negara demokrasi, memilih wakil rakyat adalah hak mutlak rakyat. Hanya dalam negara kuku besi saja pemerintah merasakan dirinya lebih mulia dan lebih berkuasa sehingga boleh menafikan pilihan rakyat.

Wan Saiful berkata, kefahaman demokratik inilah yang dilakonkan oleh PH selama ini, dan kini kefahaman itu telah hilang dari PH apabila Anwar mabuk kuasa.

“Saya terlibat dalam beberapa jawatankuasa kerajaan mengenai pendanaan politik sejak 2015 sehinggalah 2020. Pada 2015 Datuk Seri Najib Razak lantik saya menyertai Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik. Pada 2018 Tun Dr. Mahathir Mohamad lantik saya menyertai Electoral Reform Committee dan ia disambung pada 2020 semasa TanSri Muhyiddin Yassin. Pada era Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula kita sudah sampai ke tahap perbincangan mengenai draf akta pendanaan politik. Maksudnya laporan penuh yang terperinci sudah ada dan draf akta juga sudah ada.

“Jika Anwar benar-benar berpegang dengan keperluan reformasi institusi, maka dia sepatutnya segera bawa Akta Pendanaan Politik ke Parlimen dan masukkan isu peruntukan Parlimen dalam akta tersebut.

“Malangnya Anwar hanya berlakon di pentas ceramah saja seolah mahukan reformasi institusi, tapi sebenarnya dia gagal dalam pelaksanaan,” bidas beliau.

Kata Wan Saiful mengingatkan Anwar tentang pembaharuan dan tidak menjadi Perdana Menteri yang ‘mandul’.

“Anwar jangan bagi alasan bahawa sebelum ini pun perlu berbincang atau sebelum ini pun tak bagi. Kalau nak ikut amalan sebelum ini, buat apa Anwar jadi Perdana Menteri kalau mandul dalam membawa pembaharuan?

“Jelas sekali Anwar ini pelakon saja. Tapi pelaksanaan cacamarba dan tak ada hala tuju. Jadi, boleh lagi ka kita percaya apa Anwar kata? soal beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat