Dah Pakai Tanjak, Undilah Calon Melayu – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru orang Melayu agar berbangga mengundi calon Melayu dalam pilihan raya selain memakai tanjak sebagai bukti kemelayuan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, selain memakai tanjak sebagai identiti membanggakan bangsa adalah lebih baik sekiranya jati diri kemelayuan itu diterjemahkan dengan mengundi calon Melayu dalam pilihan raya.

“Ramai orang Melayu sekarang memakai tanjak sebagai cara untuk menunjukkan kemelayuan mereka. Sikap berbangga dengan bangsa memang baik.

“Alangkah baiknya jika selain tanjak, orang Melayu juga berbangga dengan mengundi dalam pilihan raya bagi calon Melayu yang terbaik supaya kerajaan yang akan didirikan oleh calon-calon yang menang dapat mendirikan kerajaan yang juga baik,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dr Mahathir juga mengingatkan, tidak mengundi atau mengundi kerana sogokan tidak menunjukkan kemelayuan yang boleh dibanggakan.

Hal ini katanya kerana hasilnya ialah pemerintahan oleh perasuah dan penjenayah.

“Pakailah tanjak tetapi undilah dan tentukan kemenangan bagi Melayu yang kuat kemelayuan mereka dan mampu mendirikan kerajaan yang boleh kita bangga dengannya,”seru beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat