Media rasai pengalaman terbangkan dron kamera tiga optik DJI Mavic 3 Pro pada Experience Day

- Advertisement -

Dron Flagship terbaharu DJI kini dijual di kedai seluruh negara bermula RM9,799

BANTING, 9 Mei  2023 – Baru-baru ini DJI telah melancarkan Mavic 3 Pro, dron tiga kamera optikal pertama di dunia yang dilengkapi kamera tele sederhana 70mm, sesuai untuk bingkai subjek berkuasa. Susulah jualan hari pertama dron flagship terbaharu ini di kedai seluruh negara, DJI pada hari ini menganjurkan Media Experience Day untuk pengamal media dan pempengaruh merasai pengalaman menerbangkan Mavic 3 Pro meninjau sekitar kawasan tanah lembap Gamuda Cove yang berlokasi di Banting, Selangor.

Mavic 3 Pro dilengkapi kamera terkemuka Hasselblad, dua kamera tele dan mempunyai masa penerbangan maksimum selama 43 minit. Dron ini turut didatangi dengan sensor signature DJI  Omnidirectional Obstacle Sensing dan juga Transmisi Video HD 15km untuk pencipta lebih kreatif ketika mengambil rakaman.

DJI Mavic 3 Pro 3

Satu Dron Kamera, Tiga Kanta

Sistem tiga kamera Mavic 3 Pro memberi prestasi pengimejan berkualiti tinggi menerusi jarak fokus berganda (24mm/70mm/166mm) yang membolehkan pengguna mengekspresikan penghilatan creative dengan keupayaan pelbagai senario.

Kamera 4/3 CMOS Hasselblad menyokong penangkapan foto RAW 12-bit dengan julat dinamik sehingga 12.8 hentian, seterusnya menghasilkan butiran imej menawan. Tambahan pula, Penyelesaian Warna Semula Jadi Hasselblad (HNCS) berupaya memulihkan warna sebenar dengan tepat.

Pencipta dan studio kecil pasti tidak kecewa dengan hasil rakaman yang terhasil dari set spesifikasi video profesional yang mengagumkan dan tangkapan imej sehingga 5.1K pada 50fps[1] atau DCI 4K pada 120fps.

Mod warna D-Log M 10-bit baharu menyokong rakaman sehingga satu bilion warna. Walaupun dalam senario kontras tinggi seperti matahari terbit dan terbenam, ia memberikan penggredan warna semula jadi dengan butiran halus untuk pengalaman visual spektrum penuh. Selain itu, mod D-Log M mengurangkan kesukaran penggredan warna, membolehkan pasca pengeluaran yang cekap tanpa kehilangan kualiti atau kejelasan imej. Mavic 3 Pro Cine pula menyediakan pilihan meluas untuk pencipta profesional.

Mavic 3 Pro menyokong pengekodan Apple ProRes 422 HQ, Apple ProRes 422 dan Apple ProRes 422 LT. Ia juga mempunyai SSD 1TB terbina dalam[2] dan kabel data kelajuan cahaya 10Gbps bagi memudahkan aliran kerja profesional.

DJI Mavic 3 Pro Media Experience Day 4

Pembingkaian Subjek Berkuasa

Kamera tele sederhana (bersamaan format 70mm) sesuai untuk pelbagai senario yang berbeza, dari merakam bangunan menarik hingga ke kereta dalam bentuk penggambaran komersial. Dengan sensor CMOS 1/1.3″ dan zum optik 3x, ia mampu menghasilkan foto 48MP/12MP, video 4K/60fps dan menyokong D-log M baharu. Bagi mereka yang ingin memukau pengikut dengan Hyperlapse menakjubkan, kamera zum optik 3x ini adalah pilihan ideal.

DJI Mavic 3 Pro 2

Dengan mempertingkatkan kamera tele Mavic 3, Mavic 3 Pro menampilkan kamera dengan resolusi, apertur dan kadar bingkai video yang dipertingkatkan. Ia menyokong rakaman video 4K/60fps dengan zum optik 7x dan foto 12MP. Ia juga mempunyai zum hibrid mencapai sehingga 28x.

Mavic 3 Pro boleh terbang sehingga 43 minit dan pencipta tidak perlu bimbang mengenai jangka hayat bateri. Sistem penghantaran dron DJI O3+ memberikan paparan kamera yang stabil dan jelas dan boleh menghantar suapan langsung HD 1080p/60fps pada kadar bingkai tinggi pada jarak sehingga 15km.

Ciri tambahan seperti Waypoint Flight, Cruise Control dan Advanced RTH meningkatkan pengalaman penerbangan automatik. Mavic 3 Pro menampilkan set lengkap mod pintar DJI untuk membantu dalam mencipta kandungan yang tidak menjemukan.

  • FocusTrack[3]: Kamera Hasselblad dan kamera tele sederhana Mavic 3 Pro menyokong FocusTrack yang termasuk ActiveTrack 5.0, Spotlight dan Tempat Menarik untuk tangkapan. Ini membolehkan rakaman yang stabil di pelbagai arah.
  • MasterShots[4]: MasterShots diaktifkan dengan hanya satu ketikan dan dron akan menangkap, mengedit, menambah runut bunyi secara automatik untuk menghasilkan rakaman sinematik secara automatik.
  • QuickShots[5]: Lakukan pelbagai pergerakan kamera seperti Dronie, Rocket, Circle dan Helix.
  • Panorama[6]: Hasilkan foto panorama 100MP untuk rakam landskap yang lebih luas dan menakjubkan.

Sebaik sahaja Mavic 3 Pro mendarat, tukar imej asli kepada kandungan klasik kini lebih mudah. Pilihan Pemindahan Pantas Berkelajuan Tinggi membolehkan imej dan video dimuat turun dengan pantas dari dron ke telefon pintar melalui Wi-Fi 6 pada kelajuan sehingga 80MB sesaat tanpa menyambung ke alat kawalan jauh.

Aplikasi penyuntingan video disyorkan secara rasmi oleh DJI ialah LightCut yang menyediakan pelbagai fungsi penggambaran dan penyuntingan. Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.dji.com/lightcut

DJI Mavic 3 Pro Media Experience Day2


Harga dan Ketersediaan

DJI Mavic 3 Pro (DJI RC) – RM9,799

DJI Mavic 3 Pro Fly More Combo (DJI RC) – RM12,399

DJI Mavic 3 Pro Fly More Combo (DJI RC Pro) – RM14,999

DJI Mavic 3 Pro Cine Premium Combo – RM21,999

DJI Mavic 3 Pro Media Experience Day 3

DJI Mavic 3 Pro boleh didapati di kedai rasmi dalam talian DJI Lazada dan Shopee, DJI Flagship Store dan juga DJI Official Authorized Retail Store seperti di bawah.

DJI Stor Perdana: DJI @ Pavilion, Kuala Lumpur
Authorized Store:  DJI @ One Utama, DJI @ Sunway Pyramid, DJI @ IOI City Mall, DJI @ Gurney Plaza (Penang), DJI @ Imago (Sabah), DJI @ Vivacity Megamall (Sarawak)

DJI Mavic 3 Pro, Mavic 3 Classic dan Mavic 3 serasi dengan DJI Goggles Integra terkini, DJI Goggles 2 dan DJI RC Motion 2. Untuk meningkatkan pengalaman terbang, dua kombo gogal dan RC Motion Controller baharu telah dicipta, iaitu DJI Goggles 2 Motion Combo dan DJI Goggles Integra Motion Combo. Ketahui lebih lanjut di store.dji.com

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat