Bina telaga tiub di lokasi sering berlaku kebakaran

- Advertisement -

KUANTAN – Bomba mencadangkan lebih banyak telaga tiub dan empangan dibina, terutamanya di lokasi sering berlaku kebakaran.

Ketua Pengarah Bomba Malaysia, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin berkata, kemudahan seperti telaga tiub itu sangat penting dan berkesan bagi memastikan tugas mengawal dan memadam kebakaran dilakukan dengan lebih cepat.

“Kita sudah kenal pasti 406 kawasan di seluruh negara yang dikategorikan sebagai lokasi titik panas dan berisiko berlaku kebakaran.

“Jadi, kalau ada lebih banyak kemudahan ini – telaga tiub dan empangan, sudah tentu lebih memudahkan tugas memadam kebakaran.

“Oleh itu kita sarankan supaya di lokasi yang sudah dikenalpasti ini, sediakan empangan dan telaga tiub,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri majlis Aidilfitri anjuran Bomba Pahang di Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, dekat sini, malam tadi.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengarah Bomba Pahang, Datuk Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.

Abdul Wahab bagaimanapun berkata, perkara itu perlu mendapat kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains kerana jabatan terbabit mempunyai kepakaran dalam mengenalpasti lokasi sesuai untuk pembinaan telaga tiub.

Beliau menjelaskan penggunaan telaga tiub dan empangan terbukti lebih berkesan untuk operasi memadam kebakaran hutan yang jauh dari sumber air.

Abdul Wahab turut memaklumkan pihaknya juga merancang untuk membuat perolehan tambahan membabitkan pam mudah alih bagi kegunaan operasi pasukan.

“Peruntukan sudah diluluskan dan sekarang ini dalam proses tender secara terbuka,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat