PAS Desak Konsert Coldplay Dibatalkan Kononnya Suburkan Budaya Hedonisme

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Baru saja Coldplay mengumumkan konsert jelajah dunia ke Kuala Lumpur pada 23 November ini, sudah muncul suara menentang agar persembahan kumpulan dari United Kingdom ini dibatalkan.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Pas, Nasrudin Hassan berkata, kedatangan kumpulan muzik Coldplay akan menyuburkan budaya hedonisme dan songsang dalam negara ini.

Beliau jelas kurang senang apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengalu-alukan kedatangan Coldplay ke Kuala Lumpur.

“Apakah kerajaan bermaksud mahu menyuburkan budaya hedonisme dan songsang dalam negara ini?

“Saya nasihatkan agar batalkan sahaja persembahan kumpulan ini di Malaysia,” cadang beliau.

Hal ini kata Nasrudin, kedatangan Coldplay tidak membawa apa apa kebaikan pada agama, bangsa dan negara.

Konsert jelajah dunia Coldplay di Kuala Lumpur akan berlangsung pada 22 November ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat