Amir beri nasihat dalam lagu raya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bagai bulan jatuh ke riba, tawaran merakamkan lagu raya pertama disambut dengan rasa teruja finalis Anugerah Juara Lagi (AJL) Ke-35, Amir Masdi.

Single berjudul Hari Ini Hari Raya ciptaan Shazee dan Altimet dianggap hadiah Amir buat peminat yang meraikan Aidilfitri dalam norma baharu.

Amir atau nama penuh, Amir Syazwan Masdi menganggap lagu itu sesuai dengan dirinya dan mampu menjadi hiburan halwa telinga peminat.

Amir teruja ditawarkan peluang merakamkan lagu raya buat kali pertama. Foto Ihsan Amir Masdi
Amir teruja ditawarkan peluang merakamkan lagu raya buat kali pertama. Foto Ihsan Amir Masdi

“Lagu Hari Ini Hari Raya bersifat luahan hati dan pesanan buat pendengar. Lirik disampaikan secara kasual umpama memberi pesanan… Ia bukan seperti lagu raya lain,” katanya kepada BH Online.

Akui Amir, sudah lama dia menyimpan hasrat merakamkan lagu raya sendiri.

“Apabila mendapat lagu ini, saya dan syarikat rakaman suka dengan melodinya. Ini adalah kerjasama sulung saya dengan kedua-dua komposer terbabit.

“Secara peribadi, melodi lagu ini lebih rapat dengan pendengar dan saya sendiri. Sebelum ini, saya tidak biasa menyanyikan lagu ceria. Jadi, saya pilih lagu ini agar peminat dapat mendengarnya,” katanya.

Amir berkata, lagu itu siap dirakam kira-kira dua minggu lalu.

“Saya mulakan proses rakaman pada hari Rabu disusuli penggambaran video muzik, dua hari kemudian,” katanya.

Biarpun idea dan konsep video dibentangkan pada saat akhir, Amir berpuas hati dengan hasilnya.

“Alhamdulillah, hasilnya menarik. Hanya saya yang beraksi dalam klip video ini.

“Saya tampil dalam karakter yang pelbagai. Jadi, konsep video muzik lagu ini memang berbeza,” katanya yang mengekalkan ‘signature’ atau ciri-ciri unik dirinya dalam karya berkenaan.

Berkongsi mengenai kenangan menyambut Aidilfitri, Amir yang meminati lagu raya Cahaya Aidilfitri nyanyian Black Dog Bone berkata, dia sangat merindui suasana beraya dan juadah di kampung.

“Saya paling teringat juadah raya. Selalunya makanan di kampung rasanya lain sebab orang tua yang memasak, jadi cukup istimewa.

“Kalau orang lain sibuk bermain mercun, saya lebih suka makan, menonton televisyen (TV) dan melayan filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat