Kim Jong Un ucap tahniah kepada Putin sempena ulang tahun ke-19 kemenangan ke atas Nazi

- Advertisement -

MOSCOW, 9 Mei — Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada Sabtu mengucapkan tahniah kepada Presiden Vladimir Putin sempena ulang tahun ke-75 kemenangan Soviet dalam Perang ‘Great Patriotic’, lapor agensi berita Sputnik.

Ucapan tahniah itu disampaikan menerusi sepucuk surat yang diutus kepada Putin, memetik agensi berita pusat Korea (KCNA).

Kim berkata 75 tahun lalu rakyat Rusia telah menunjukkan “semangat kepahlawanan dan sanggup berkorban”  demi mempertahankan negara tercinta serta melindungi keamanan dan keselamatan dunia.

“Hubungan Korea Utara-Rusia kini semakin berkembang selari dengan aspirasi dan hasrat rakyat kedua-dua negara, mengatasi segala cabaran dan kesulitan.”

Pemimpin Korea Utara itu juga berharap Putin akan terus berjaya dalam membangunkan sebuah negara yang kuat serta dapat mengharungi cabaran memerangi wabak COVID-19.

Setiap tahun 9 Mei disambut meriah di Rusia dan negara bekas republik Soviet sebagai hari kemenangan ke atas Nazi Jerman pada Perang Dunia II.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat