AMCHAM sokong rancangan kerajaan kuatkuasakan S17A daripada Akta SPRM 2009

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) menyokong rancangan kerajaan Malaysia untuk menguatkuasakan S17A mulai Jun 2020 bagi meningkatkan tahap pematuhan syarikat Malaysia setara dengan syarikat di Amerika Syarikat dan negara-negara maju lain.

AMCHAM berkata, kerajaan Malaysia memperkenalkan liabiliti korporat bagi syarikat melakukan rasuah menerusi Seksyen 17A daripada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang selari dengan keperluan Artikel 26 daripada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC).

“Sebagai mencerminkan komitmen Malaysia kepada UNCAC, Seksyen 17A akan berkuat kuasa bulan depan, memandangkan keseriusan masalah dan ancaman akibat daripada rasuah terhadap kestabilan dan keselamatan masyarakat, keruntuhan institusi dan nilai-nilai demokrasi dan menjejaskan pembangunan mampan ekonomi.

“Larangan ini mencerminkan peruntukan US Foreign Corrupt Practices Act 1977 dan merupakan syarat-syarat yang mana semua syarikat AS menjalankan perniagaan,” kata AMCHAM dalam satu kenyataan.

Ia berkata pelaksanaan perundangan penting seumpama ini tidak sepatutnya dilewatkan atau ditangguhkan terutamanya dalam tempoh-tempoh kegawatan ekonomi ketika ini apabila perniagaan dan pengguna memerlukan kepastian, terutamanya bagi memastikan harga tidak dinaikkan disebabkan pelakuan rasuah atau kurang penguatkuasaan undang-undang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat