Penyertaan anugerah MCIEA 2026 kini dibuka, CIDB perkenal tiga anugerah baharu

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengumumkan pembukaan penyertaan bagi Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (Malaysian Construction Industry Excellence Awards – MCIEA) 2026, bermula 31 Mac hingga 30 April ini.

CIDB dalam kenyataan berkata sebagai antara anugerah paling berprestij dalam industri pembinaan negara, MCIEA mengiktiraf mereka yang bukan sekadar membina, tetapi mengangkat standard industri melalui kecemerlangan, inovasi dan impak sebenar.

Katanya, MCIEA bukan sekadar anugerah — ia adalah pentas kepada mereka yang membentuk masa depan industri. Sejak diperkenalkan pada tahun 2000, MCIEA telah menjadi penanda aras yang membentuk hala tuju industri – daripada projek ikonik sehinggalah kepada individu yang mencorakkan masa depan pembinaan Malaysia.

Menurutnya, Anugerah MCIEA 2026 menawarkan 18 Anugerah di dalam tiga kategori iaitu Anugerah Kontraktor:


· Kontraktor Terbaik (G1-G6)
· Jurubina Terbaik (G7)
· Kecemerlangan di dalam Pengurusan Fasiliti
Pencapaian Antarabangsa Anugerah Projek:
· Projek Terbaik (Bangunan) (Kecil, sederhana, besar)
· Projek Terbaik (Infrastruktur) (Kecil, sederhana, besar)
Anugerah Individu:
· Kontraktor Muda Cemerlang
· Ikon Perubahan
· Tokoh Terkemuka

Menurutnya lagi, bagi edisi 2026, CIDB memperkenalkan tiga kategori baharu untuk membuka lebih banyak peluang pengiktirafan: Anugerah Kecemerlangan dalam Pengurusan Fasiliti diperkenalkan bagi menekankan betapa pentingnya pengurusan fasiliti di dalam kitaran proses pembinaan.

“Anugerah ini akan disampaikan kepada syarikat kontraktor yang menekankan kualiti, inovasi dan kelestarian di dalam pengurusan fasiliti, manakala Anugerah Ikon Perubahan (Changemaker) menghargai individu yang berupaya memperkenalkan sesuatu yang baharu dan bermakna berkaitan industri pembinaan.

“Ia memberi peluang kepada individu sama ada dari sektor awam, swasta, akademia atau penyelidikan diiktiraf berdasarkan sumbangannya yang spesifik, dan tidak tertakhluk kepada keperluan memegang jawatan tinggi, mempunyai gelaran ataupun berpengaruh,”ujarnya.

Ujarnya lagi, Anugerah Kontraktor Muda Cemerlang (Outstanding Young Contractor) pula mengangkat kontraktor muda bawah 40 tahun yang menunjukkan kepimpinan, profesionalisme dan pencapaian luar biasa.

Pengenalan kategori baharu ini mencerminkan komitmen CIDB untuk memastikan kontraktor generasi baharu yang berdaya saing dan berinovasi diberi pengiktirafan yang sewajarnya, berdasarkan pencapaian beliau di dalam pengurusan syarikat dan projek.

Tambahnya, barisan juri terdiri daripada pakar industri, wakil sektor awam dan badan profesional bagi memastikan proses penilaian yang adil, telus dan berintegriti. Kesemua proses penilaian MCIEA adalah diaudit oleh syarikat audit bertauliah,”tambahnya.

“CIDB mempelawa semua kontraktor, pemaju, perunding, organisasi dan individu dalam industri pembinaan untuk menyertai MCIEA 2026 dan menghantar pencalonan secara dalam talian sebelum 30 April ini, ”tambahnya lagi. Untuk maklumat lanjut, layari mciea.my atau emel kepada [email protected]. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat