Benar keluarkan KWSP lebih mudah daripada jadikan cagaran pinjaman – Johari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lebih mudah membenarkan orang ramai mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berbanding menggunakannya sebagai sandaran permohonan pinjaman.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan, pengeluaran secara terus itu hanya dibenarkan bagi mereka yang memerlukan dana untuk kecemasan seperti membayar perbelanjaan kesihatan atau pendidikan.

Jelasnya, dengan menggunakan simpanan KWSP sebagai sokongan permohonan pinjaman, peminjam akan dibebani dengan bayaran faedah yang dikenakan ke atas pinjaman.

Malah, katanya, skim itu juga boleh menyebabkan masalah kepada bank kerana proses berkenaan memerlukan semakan kredit dan penyediaan perjanjian undang-undang.

“Jadi, jika anda mengambil pinjaman sebanyak RM70,000 dan membayar faedah, katakan lima peratus setahun, ia akan menjadi RM3,500. Sepanjang 10 tahun, ia menjadi RM35,000. Sedangkan KWSP tidak boleh menjamin pulangan lima peratus ke atas baki anda.

“Jumlah bersih daripada pinjaman RM70,000 selepas ditolak bayaran faedah ialah RM35,000. Dalam kes sedemikian, adalah lebih masuk akal bagi pencarum untuk mengeluarkan RM35,000 terus daripada Akaun 2. Dia (pencarum) tidak perlu membayar satu sen faedah,” lapor Utusan Malaysia.

Kerajaan telah mengumumkan bahawa ahli KWSP akan dibenarkan menggunakan simpanan dalam Akaun 2 mereka untuk menyokong permohonan pinjaman bank.

Ia adalah penyelesaian alternatif kepada gesaan daripada pembangkang dan pelbagai kumpulan agar kerajaan membenarkan satu lagi pusingan pengeluaran KWSP.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, tindakan pentadbiran sebelum ini membenarkan pengeluaran simpanan KWSP secara menyeluruh ketika pandemik mempunyai akibat yang serius.

Pertama, beliau berkata, pengeluaran itu menyaksikan KWSP terpaksa mencairkan pelaburan jangka panjang, menjejaskan keupayaannya menjana pulangan.

“Tinjauan pelaburan KWSP adalah berdasarkan jangka panjang. Ia akan mengira bilangan ahli yang akan bersara dalam tempoh tertentu, dan mencairkan sewajarnya,” kata bekas Menteri Kewangan Kedua itu.

Johari menjelaskan bahawa pengeluaran secara tiba-tiba oleh ahli KWSP akan mengganggu pelaburan dana persaraan yang akan menjejaskan pulangan masa depannya.

Kedua, katanya, membenarkan mereka yang tidak terjejas oleh pandemik mengeluarkan KWSP mereka adalah salah satu faktor yang membawa kepada inflasi.

Akibatnya, RM145 bilion yang dikeluarkan daripada KWSP ketika pandemik COVID-19 membawa kepada kemasukan wang dalam pasaran dan mengakibatkan inflasi.

Kadar inflasi Malaysia meningkat daripada 1.14 peratus pada 2020 kepada 3.23 peratus pada 2022 apabila negara memansuhkan sekatan COVID-19.

Inflasi itu ditambah dengan moratorium pinjaman secara pukal, kata Johari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat