‘Baru ke, lama ke, sama saja. Yang penting sikap’ – Mimi Lana

Kuala Lumpur: Pelakon, Mimi Lana mahu semua pelakon mementingkan disiplin dan sikap tanpa mengira status sebagai pelakon lama atau baru.

Mimi menerusi satu ciapan di Twitter berkata, dia yang bekerja dengan ramai pelakon lama dan baru mahu mengajak mereka supaya sentiasa menjaga sikap.

“Pelakon baru ke, pelakon lama ke sama saja. Masing-masing kena jaga ‘attitude’ (sikap) dan jadi contoh yang baik di lokasi penggambaran.

“Saya bekerja banyak dengan pelakon baru dan juga pelakon lama. Saya rasa tak logik kalau kita nak hentam pelakon baru saja,” katanya.

Menurut Mimi, pelakon lama dan baru perlu saling hormat-menghormati dan tahu tanggungjawab ketika berada di lokasi penggambaran.

“Jadi pelakon baru bukan tiket untuk bagi alasan tak baca skrip atau memahami skrip. Itu sudah jadi tanggungjawab. Jadi pelakon lama pula bukan tiket untuk selalu datang lambat dan berlagak merasa semua yang awak cakap itu betul,” katanya.

Isu mengenai sikap pelakon baru, baru-baru ini menjadi bualan ramai dan beberapa pelakon lama turut meluahkan pendapat dan rasa tidak puas hati mereka mengenai perkara itu.

Harian Metro

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

‘Jejak Rasul imbau semula sejarah Melayu Islam di Malaysia’

Kuala Lumpur: Pengacara Jejak Rasul, Ahmad Fedtri Yahya mengakui paparan berkenaan Masjid Agong Kota A Famosa yang disiarkan menerusi program terbabit baru-baru ini, mempunyai...

Perut makin ke depan,Will Smith nak kurus

Los Angeles :Bintang Hollywood, Will Smith bercadang untuk menurunkan berat badannya selepas mengalami perubahan drastik sejak pandemik Covid-19 bermula. Smith berkata, walaupun menyukai tubuh badan...

Sule harap anak tidak miripnya

Jakarta: Pelawak yang juga pengacara popular Indonesia, Sutisna atau Sule berharap wajah anak pertama hasil perkahwinan dengan Nathalie Holscher tidak mirip wajahnya. Bagaimanapun, bapa kepada...