Serina Redzuawan nafi nikah di Thailand

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Serina Redzuawan, 38, yang baru mengumumkan melangsungkan pernikahan semalam menafikan dia dan suaminya, Aidid bernikah di Thailand seperti didakwa bapanya, Chef Wan.

Serina yang mendakwa pernikahan itu sudah dimaklumkan kepada bapanya berkata, pernikahan itu dilakukan dalam salah satu negeri di Malaysia.

Katanya, tidak mungkin mereka bernikah di negara jiran itu sedangkan sempadan negara masih ditutup berikutan penularan Covid-19 sejak lebih setahun lalu.

Serina dalam satu hantaran di Instagram berkata, dia mahu menjelaskan kekeliruan dan meminta netizen jangan mudah menjatuh hukum dengan menambah fitnah kepada dia dan suami.

“Berhentilah buat tuduhan serta fitnah. Besar dosanya nak menjawab di akhirat nanti. Sebab itu kalau kita tak tahu jangan kita memandai nak komen dan hentam orang lain. Secara jujur papa sudah tahu kami nikah. Saya sudah maklumkan kepada papa dan suami pun sudah berjumpa dengan papa,” katanya.

Dalam pada itu, Serina juga menafikan dia bernikah dengan suami orang tetapi adalah duda.

“Sebelum kenal dengan saya, dia sudah bermasalah dengan perkahwinan jarak jauhnya dan mereka juga tidak mempunyai anak. Jangan menuduh yang tak benar mengenai suami saya,” katanya yang turut meminta netizen mendoakan yang baik-baik dan jangan jadikan media sosial tempat menambah dosa dengan mengumpat dan memfitnah.

Katanya, semua yang terjadi adalah atas izin Allah jodoh mereka sudah tertulis.

“Memang saya akui ramai yang hasut dan cucuk papa serta suka tengok keluarga kami hancur. Saya akan selamanya hormat bapa saya. Kami tak ada masalah pun selama ini.

“Hakikatnya papa sendiri ada buat hantaran di Instagram sebelum ini. Dia merestui hubungan dan pernikahan kami. Malah, dia juga mempelawa kami makan di restorannya untuk kenduri jamuan doa selamat,” katanya.

Serina juga memohon supaya pihak luar tidak masuk campur atau memporak-perandakan hubungan keluarganya terutama bersama bapanya itu.

“Saya maafkan orang yang fitnah dan cuba hancurkan keluarga kami. Semoga Allah beri mereka hidayah. Tolong hormat juga keluarga mentua saya kerana mereka juga ada perasaan. Akhir kata doakan perkahwinan kami bahagia hingga akhir hayat,” katanya.

Terdahulu, Chef Wan dalam satu hantaran di Instagram meluahkan rasa kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan Serina daripada kakaknya, semalam.

Ia susulan selepas Serina mengumumkan sudah melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya yang juga seorang anggota polis dikenali sebagai Aidid, semalam.

Menurutnya, majlis pernikahannya itu dibuat secara tertutup.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat