Bangkok Pun Larang Jual Arak

Kerana Ketagih Dadah, Anak Lelaki Tergamak Ugut Bunuh Ibu

KULIM - Seorang lelaki sanggup mengugut membunuh ibunya ketika meminta wang dipercayai untuk membeli dadah di Kampung Jubai, Labu Besar di sini semalam. Ketua Polis...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah laman sesawang yang melaporkan beliau antara 19...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

CYBERJAYA - Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terutamanya kepada YAB Perdana Menteri,...

PKR Sasar Sokongan 20 MP Lompat Dari Bersatu dan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR — Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan terus menimbulkan pelbagai tanda tanya,...

Annuar Musa Negatif Covid-19, Tetap Jalani Kuarantin

CYBERJAYA - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberitahu bermula hari ni beliau akan menjalani kuarantin di Kota Kinabalu walaupun ujian...

BANGKOK: : Dalam arahan terbaharu bagi membendung wabak COVID-19, ibu negara Thailand, Bangkok melarang penjualan alkohol mulai tengah malam Khamis hingga 20 April untuk mengelak perhimpunan semasa tahun baharu tradisional Thailand, Songkran minggu hadapan.

Jurucakap Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) Pongsakorn Kwanmuang berkata larangan itu akan menghalang orang ramai daripada berkumpul dan minum minuman keras semasa Songkran walaupun kerajaan telah mengumumkan penangguhan sambutan itu ke satu tarikh baharu tahun ini.

“Keadaan di negara bertambah baik… Kami tidak mahu lagi penyebar semasa Songkran. Sila beri kerjasama untuk membendung penularan wabak COVID-19,” katanya.

Selain Bangkok, wilayah lain seperti Chiang Mai, Rayong, Buriram dan Nakhon Pathom sudah melarang penjualan alkohol sebagai langkah untuk mengurangkan penularan virus COVID-19.

Thailand mengisytiharkan darurat dari 26 Mac hingga 30 April. Negara itu juga mengenakan perintah berkurung pada waktu malam selama enam jam bermula 10 malam hingga 4 pagi.

BMA juga melarang semua pasar raya, kedai serbaneka dan penjual jalanan daripada beroperasi semasa tempoh perintah berkurung itu.

Sementara itu, Thailand melaporkan 54 kes baharu jangkitan COVID-19 dan dua kematian, menjadikan keseluruhan 2,423 kes dan 32 kematian.

Dua kematian itu membabitkan seorang warga Perancis berusia 74 tahun dan lelaki Thailand berumur 82 tahun.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata daripada 54 kes baharu itu, empat adalah kakitangan perubatan.

“Sejak Januari, terdapat 80 kakitangan perubatan termasuk 16 doktor dijangkiti COVID-19 kerana pesakit menyembunyikan maklumat ketika mendapatkan rawatan di hospital. Kira-kira 62.5 peratus dijangkiti daripada hospital,” katanya pada taklimat harian COVID-19.

Beliau berkata lima lagi antara 76 rakyat Thailand yang pulang dari Indonesia pada Isnin selepas perhimpunan keagamaan di sana dibatalkan pada saat akhir, diuji positif COVID-19. Ini menjadikan jumlah 47 kes daripada kluster itu.

Dalam pada itu, Thaweesilp berkata lebih 10,000 rakyat Thailand terkandas di luar negara kerana sekatan perjalanan.

“Kerajaan akan membawa mereka pulang, bagaimanapun ia mengambil sedikit masa,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

PKR Sasar Sokongan 20 MP Lompat Dari Bersatu dan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR — Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan terus menimbulkan pelbagai tanda tanya,...

Annuar Musa Negatif Covid-19, Tetap Jalani Kuarantin

CYBERJAYA - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberitahu bermula hari ni beliau akan menjalani kuarantin di Kota Kinabalu walaupun ujian...

PRN Sabah: KKM Rayu Patuhi SOP Kempen, Mengundi Tanpa Kira Status, Kedudukan

KOTA KINABALU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merayu semua yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tanpa mengira status dan kedudukan dalam masyarakat...