MOT, industri maritim rencana pergerakan kapal susulan penutupan Selat Hormuz

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini telah mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan pelabuhan, syarikat perkapalan, dan pihak berkuasa industri maritim negara untuk merencanakan langkah-langkah mitigasi susulan konflik antara Amerika Syarikat/Israel dan Iran yang telah menjejaskan pergerakan maritim di Selat Hormuz.

Menurut beliau, berdasarkan pengalaman sebelum ini, krisis sedemikian sering menyebabkan kesesakan pelabuhan di negara kita kerana kontena ke kawasan konflik akan dibiarkan oleh syarikat perkapalan, sekali gus menjejaskan operasi harian import/eksport dan seterusnya kilang-kilang kita.

“Sebagai langkah awal untuk mengelakkan situasi ini, kerajaan akan mempermudah pemindahan kontena kosong dari kawasan pelabuhan, manakala pihak pengurusan pelabuhan akan melaksanakan pemeriksaan yang lebih menyeluruh agar kontena yang destinasinya tidak jelas tidak diturunkan di pelabuhan kita.

“MOT juga mengambil maklum akan cabaran kos bahan api yang dihadapi oleh pelabuhan kita dan akan bekerjasama untuk mewujudkan mekanisme bagi menangani isu sedemikian semasa berlakunya krisis,” kata beliau.

Jelas Loke lagi, kerajaan juga sedang berusaha membantu kapal-kapal Malaysia yang terkandas di Timur Tengah akibat risiko serangan sekiranya mereka berlayar.

Dalam menghadapi krisis nasional, semua pemegang taruh mesti bekerjasama dan saling membantu untuk melindungi kepentingan negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat