Larangan Kenderaan Barangan Selama Empat Hari Sempena Aidilfitri – Anthony Loke

- Advertisement -

KAJANG,Kenderaan Barangan Selama Empat Hari Sempena Aidilfitriasi selama empat hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan risiko kemalangan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan bahawa larangan ini akan berkuat kuasa pada 29 dan 30 Mac serta 5 dan 6 April 2025.

“Tujuan larangan ini adalah untuk mengelakkan kesesakan dan mengurangkan risiko kemalangan akibat percampuran kenderaan barangan dan kenderaan persendirian di jalan raya,” katanya dalam satu sidang media.

Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 di seluruh negara dari 24 Mac hingga 8 April.

“Operasi ini bertujuan untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,” tambah Anthony Loke.

Menteri Pengangkutan juga menegaskan bahawa syarikat yang terlibat dalam kemalangan akan dikenakan audit keselamatan sebagai langkah untuk meningkatkan pematuhan kepada aspek keselamatan jalan raya.

“Banyak syarikat tidak menawarkan atau menekankan kursus keselamatan kepada pemandu mereka. Kami mahu mengubah keadaan ini supaya semua pihak lebih mematuhi aspek keselamatan,” katanya.

Menurut beliau, langkah ini akan menjadi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan syarikat yang gagal mematuhi piawaian keselamatan boleh dikenakan penggantungan operasi. Tahun lalu, ratusan syarikat telah disiasat akibat kemalangan yang melibatkan kenderaan berat.

Dalam perkembangan lain, Anthony Loke menyatakan bahawa pihaknya masih menunggu peruntukan bagi penggunaan kamera badan (body cameras) untuk pegawai penguat kuasa.

Beliau menjelaskan bahawa kamera badan akan diperkenalkan tahun ini bagi meningkatkan ketelusan dan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat