KPKM anjur Jualan Agro Madani Mega di pedalaman Sabah – Arthur

- Advertisement -

SOOK — Program Jualan Agro Madani 2024 telah mencatat jumlah sebanyak 1,227 lokasi di seluruh negara, melibatkan kira-kira 16,242 usahawan tempatan dan membawa nilai penjimatan kira-kira RM7.87 juta kepada pelanggan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, program yang julung kali dilaksanakan dengan skala besar ini diharap membantu para usahawan khususnya masyarakat di kawasan pedalaman.

“Karnival Jualan Agro Madani Mega Sook mewujudkan platform kepada petani dan usahawan untuk memasarkan produk keluaran mereka secara terus dan secara tidak langsung dapat menawarkan harga sekitar 10-30 peratus lebih murah dari harga pasaran kepada rakyat kerana tidak melibatkan orang ramai.

“Kementerian sentiasa komited dalam merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu kos sara hidup rakyat, kini mengorak langkah dengan penganjuran sulung Jualan Agro Madani Mega ke kawasan pendalaman Sabah,” katanya di Majlis Perasmian Karnival Jualan Agromadani Mega Sook di sini hari ini.

Hadir sama pada Majlis Perasmian berkenaan ialah, Ketua Pengarah FAMA, Encik Abdul Rashid Bin Bahri; Pengarah FAMA Sabah, Encik Sarman bin Sidno dan pengarah-pengarah agensi KPKM di Sabah.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata inisiatif tersebut telah berjaya menarik penglibatan lebih 100 penjual serta sejumlah lebih kurang produk 135 SKU (Stock Keeping Unit) pelbagai jenis produk agromakanan keluaran tempatan negeri Sabah.

“Usaha ini adalah selaras dengan peranan Kementerian selaku penggerak utama dalam memastikan bekalan makanan  sentiasa mencukupi dan tersedia buat seluruh rakyat, ketika merasmikan program tersebut di Sook.

“Penganjuran Jualan Agro Madani merupakan usaha KPKM melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam mewujudkan satu usaha bersepadu “Quick Win” berteraskan penjimatan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Beliau menambah, dengan tawaran harga yang lebih murah dan kepelbagaian produk, KPKM menjangkakan Karnival ini akan dapat merekodkan hasil jualan sebanyak RM250 ribu dan menarik seramai 5 ribu orang pengunjung.

“Pada tahun 2023, KPKM telah berjaya menganjurkan sebanyak 5608 Jualan Agro Madani di seluruh negara dan berjaya mencatatkan sejumlah 2.9 juta pengunjung di sepanjang penganjuran dengan penglibatan seramai 74,800 usahawan dan nilai jualan sebanyak RM93.7 juta.

“Daripada jumlah tersebut, FAMA Sabah telah menganjurkan sebanyak 367 Jualan Agro Madani telah dilaksanakan di Sabah dengan mencatatkan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM5.2 juta dan melibatkan seramai 3,990 Orang Usahawan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat