Program Payung Rahmah Madani diperluaskan pada bulan Ramadan – Armizan

- Advertisement -

PAPAR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Program Payung Rahmah Madani melalui pelasanaan Program Jualan RAHMAH (PJR) Ramadan akan diperluaskan sepanjang bulan Ramadan ini.

Jelasnya, pelaksanaan (PJR Ramadan) melibatkan sebanyak 450 lokasi secara berjadual di seluruh negara.

Katanya lagi, usaha murni yang dijalankan oleh KPDN bersama pihak-pihak berkepentingan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah kerajaan Madani dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat

“Usaha murni yang dijalankan oleh KPDN bersama pihak-pihak berkepentingan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah kerajaan Madani dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat bagi membeli keperluan asas pada harga yang lebih murah khususnya pada bulan Ramadan,” katanya selepas sesi walkabout di Program Jualan RAHMAH MADANI bertempat di Padang Kawad Ibu Pejabat Briged Sabah PGA, Kinarut, Papar, Sabah.

Program ini berlangsung selama sehari iaitu pada hari ini, jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Ujar Armizan lagi,  antara barang-barang keperluan harian yang dijual dengan potongan harga sehingga 30 peratus adalah seperti beras, ayam segar, ikan, buah-buahan, sayur-sayuran, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, biskut, bawang merah, susu pekat, bihun, sardin, kicap manis, cecair pencuci pinggan dan, sabun pencuci dan banyak lagi barang-barang keperluan harian yang lain.

Beliau turut melakukan sesi happy hour dan cabutan bertuah bagi pengunjung-pengunjung yang hadir.

Maklumat pelaksanaan PJR Ramadan boleh diakses melalui portal KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat