Singkir politik toksik, seru Pemuda PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS menggesa rakyat singkirkan politik toksik dan kuatkan imuniti ummah.

Ketuanya, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, politik penyatuan dan perpaduan adalah kekuatan ampuh hadapi fitnah, penipuan dan ugutan.

“Politik toksik dengan memuntahkan fitnah, menggumpal penipuan dan mengancam ugut masih diamalkan oleh politikus berkepentingan diri dan terdesak.

“Ia petunjuk kontang jati diri dan idealisme, serta tiadanya perjuangan luhur untuk menjulang ketamadunan rakyat dan negara,” katanya.

Menurut beliau, berbekalkan modal jijik inilah Pakatan Harapan (PH) meraih pemerintahan yang kemudian ditunggangi dengan tindakan ke arah meruntuhkan tonggak-tonggak penting negara.

Namun katanya, PAS membugar kematangan politik penyatuan dan perpaduan melahirkan semula kesedaran rakyat yang terleka.

“Kekuatan inilah yang membentuk Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Ia seperti dinyata Presiden PAS, terhasil dari ‘langkah kanan’ yang diatur mengikut tertib proses demokrasi dan Perlembagaan. Sekali gus menyelamatkan negara dari porak-peranda angkara perebutan jawatan dan kuasa sesama PH.

“Pun begitu, politikus rakus dan tersepit terus berkelakuan buruk lagi tidak berakhlak, menyimpang moral dan etika. Diadu domba fitnah dan menipu rakyat dengan propaganda ‘kerajaan pintu belakang’. Juga dakwaan yang direka-reka untuk memburukkan reputasi kerajaan dan pimpinannya.

“Hakikatnya, penyatuan dan perpaduan berpaksi kepentingan agama, bangsa dan negara termeterai dari Muafakat Nasional (MN) dan PN cukup ampuh dari dirempuh PH. Maka hanya dengan memecahkan kekuatan itulah yang memungkinkan mereka kembali ke persada kuasa,” tegas beliau.

Lantaran itu katanya, jangan ada yang berperangai jelik turut meneguk racun toksik dengan gertak ugut supaya PAS memilih secara eksklusif persaudaraan politik telah diikat kini.

“Saf kepimpinan kini wajib terus dipertahankan oleh semua parti dan NGO yang bersama dalam kerajaan kini.

“Kerana agenda Melayu-Islam dan Bumiputera serta keharmonian hidup rakyat berbilang kaum dan kemakmuran negara ini sangat mustahil untuk didukung secara sempit, sombong dan tanpa setiakawan.

“Mari singkirkan toksik yang ada dan perkuatkan imuniti ummah,”seru beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat