Kluster Mahkamah Pertahanan Terakhir UMNO – Zahid Hamidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Lebih 3 juta ahli dan penyokong UMNO tahu ‘Kluster Mahkamah’ inilah ‘last defend’ UMNO,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, mereka tahu sebab itu ‘Kluster Kuasa’ dan ‘Kluster Broker’ bersungguh-sungguh menghasut.

“Berusaha meracuni fikiran mereka supaya menolak pemimpin ‘Kluster Mahkamah’.

“Kluster Kuasa’, ‘Kluster Broker’ bimbang UMNO sedang bangkit dengan kekuatan sendiri.
.
“Kluster Kuasa’ bimbang kuasa dalam genggaman terlepas.

“Kluster Broker’ takut hilang jawatan dan kedudukan,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bersyukur kerana ahli dan penyokong UMNO faham apa yang dialami oleh ‘Kluster Mahkamah’.

“Mereka tahu siapapun yang memimpin UMNO masa itu berpotensi ‘di-Kluster Mahkamah-kan’.

“Hakikatnya tiada sebarang kluster dalam kepimpinan UMNO. Apatah lagi, akar umbi UMNO mahu supaya Umno terus berpadu tanpa sebarang perpecahan, biarpun perbezaan pendapat tetap diraikan,” ujar Zahid.

Namun katanya, tafsiran terdapat wujudnya pelbagai ‘kluster’ mengikut penganalisis politik tidak dapat dielakkan.

“Mereka kata ‘Kluster Mahkamah’ sila berundur konon demi selamatkan UMNO.

“Tetapi hairan rata-rata mereka ini penyokong ‘Kluster Kuasa’. Mereka yang anti-UMNO.

“Kluster Cari Makan’ yang juga dikenali sebagai ‘Kluster Broker’ tambah garam,” kata beliau.

Zahid berkata, mujur ahli dan penyokong UMNO dapat hidu tipu muslihat kluster-kluster ini.

Ujarnya, golongan berkecuali atas pagar pun nampak agenda dua kluster ini. Inikan zaman media sosial. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat