Sijil pengecualian kepada individu yang tidak boleh diberikan vaksin – Khairy

- Advertisement -
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan sijil pengecualian kepada mana-mana individu yang tidak boleh menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi menggantikan pasport vaksin.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata individu berkenaan termasuk mereka yang berdepan alahan atau kurang daya tahan jangkitan.
Jelas beliau, kerajaan akan berlaku adil kepada kumpulan individu tersebut sebagai pemakluman kepada negara luar.
“Namun demikian disebabkan atas prinsip keadilan bagi mereka yang tidak boleh menerima suntikan, sebagai contoh disebabkan immunocompromised (kurang daya tahan jangkitan) atau alahan yang serius, mereka juga sedang difikirkan bagaimana sijil pengecualian boleh diberikan kepada mereka.
“(Sebagai makluman bahawa) mereka tidak dapat diberikan vaksin dan bukan mereka memilih untuk tidak diberikan vaksin,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PSV) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Profesor Dr Nazirah Hasnan.
Jelas Khairy, setakat ini kerajaan masih memperhalusi cadangan untuk memberikan sijil digital melalui MySejahtera kepada individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.
“Sistem itu akan kita berikan maklumat kepada WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan negara-negara lain supaya dapat mengiktiraf sistem kita,” jelas beliau.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melahirkan kebimbangan berkaitan cadangan mewujudkan pasport vaksin bagi membolehkan perjalanan antarabangsa semasa pandemik COVID-19.
Menurut Pengarah Kecemasan WHO, Dr. Michael Ryan, setakat ini agensi kesihatan itu menyarankan supaya pasport vaksin tidak dilaksanakan buat masa ini. -berita awani-
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat