PAS tak mulut tempayan macam PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kekuatan PAS adalah tidak menari mengikut rentak musuh dan tindakan itu amat menyakitkan mereka,” kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Dalam hantaran di Facebooknya, beliau membangkitkan persoalan “apa PAS dah lakukan? PAS gagal kotakan apa yang dijanji setelah berada di Putrajaya.

Ahli Parlimen Bachok memberitahu, PAS telah kotakan sebahagiannya.

Namun ujar beliau, sebahagian lagi yang lebih besar dan banyak sedang dan akan terus berlangsung.

“Karakter PAS dalam politik adalah berhikmah dan bersederhana.

“PAS memimpin kepada perubahan dan islah tanpa berdendam dan tanpa bermulut murai. Begitulah membina negara,” katanya.

Tambah beliau,” nak ukur selepas setahun? Ya, amat dipersilakan.

“Tetapi telah diukur oleh rakyat selepas dua tahun pentadbiran kerajaan PH bahawa faktor kegagalan mereka adalah kerana gopoh-gapah, tuding menuding dan mulut tempayan.

“PAS memimpin umat Islam dan rakyat Malaysia memahami maksud siyasah syariah atau politik berasaskan panduan agama dengan penuh tekun dan sabar.

“Antara kekuatan PAS adalah tidak menari mengikut rentak musuh. Ia amat menyakitkan mereka,” ujar Nik Mohamad Abduh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat