Ah Long Bakar Motosikal Warga Emas Tuntut Hutang Cucu – Polis

- Advertisement -

BUKIT MERTAJAM – Seorang warga emas ‘berputih mata’ selepas motosikal dan beberapa barangan miliknya dibakar oleh individu dipercayai ah long dalam kejadian di Taman Impian Jaya, di sini pukul 5.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, kejadian itu disedari menantu lelaki berusia 72 tahun berkenaan yang memaklumkan kebakaran tersebut kepadanya sebelum menghubungi bomba.

Menurutnya, ketika sedang melakukan kerja-kerja memadam api, bomba menjumpai sekeping kertas berbaur ugutan berwarna kuning beserta nama dan nombor telefon seorang individu dipercayai suspek.

Kertas itu bertulis: ‘Selamat tahun baharu, kali ini saya ucapkan tahun baharu sahaja untuk kamu!! lain kali saya pasti ucap selamat hari keluarga pula kepada kamu!! lebih baik hubungi saya sekarang dan pinjam duit bayar duit!!’.

“Pengadu mengesyaki cucunya yang sudah empat tahun tidak berjumpa dengannya membuat pinjaman wang daripada pihak yang tidak dikenali,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shafee berkata, siasatan awal mendapati tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi dan tiada saksi bebas ketika kejadian itu berlaku.

Katanya, selain motosikal sebuah kerusi plastik juga disambar api manakala bumbung tempat meletak kereta di situ turut rosak akibat terkena bahang api yang marak.

“Setakat ini polis percaya ‘modus operandi’ suspek adalah menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen yang sah serta melakukan khianat dengan api sehingga menyebabkan kerosakan pada motosikal dan rumah pengadu.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 5(2), Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951
(APPW) 1951 dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api,” katanya yang memberitahu, jumlah sebenar kerugian kini masih disiasat. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat