Suasana Bersatu semakin berhaba, percaya mula terlerai – Radzi Jidin akui sukar cari jalan damai

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Bersatu Datuk Radzi Jidin hari ini menukilkan satu sajak panjang mengisahkan keretakan serius dalam parti Bersatu mutahkhir ini.

Kata Ahli Parlimen Putrajaya itu, walaupun sudah beberapa bulan krisis dalaman Bersatu meredam namun sangat sukar untuk mencari kata sepakat bagi merungkai polemik yang menikam parti itu.

Dalam tulisan itu yang diberi tajuk “Peritnya Tiada Damai” Radzi berkata, pelbagai usaha mencari jalan damai menautkan kembali kesatuan dan Bersatu namun setakat ini masih menemui jalan buntu.

“Banyak sudah purnama berlalu diusaha agar duduk berpadu. Usah ada rasa ragu, cerca nista ketepi dahulu. Damai jadi jalan dituju.

“Siang malam memerah keringat, ke hulu ke hilir mencari sepakat, menjadikan damai kata azimat untuk membawa yang jauh kembali mendekat agar perjuangan mendapat berkat.

“Biarpun suasana makin berhaba, mencari damai diterus jua kerana disedari di luar sana ramai mengharap kepada kita.

“Demi agama, bangsa dan negara, bukannya mudah mencari damai apabila percaya mula terlerai. Hilanglah sudah aman permai -ibarat berkas lidi terburai, patahnya mudah bila dikirai.

“Bila damai tidak kunjung tiba hati merasa perit derita. Ke mana arah di depan kita?

“Menggalas berat amanah pusaka agar pertiwi bangkit semula. Dipanjat doa kepada Yang Esa, semoga ada cahaya purnama untuk mengikat rasa setia bersama
selepas badai besar melanda,” ungkap Radzi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat