Laporan Bloomberg: Rafizi Desak Azam Baki Digantung Tugas, Siasatan Menyeluruh

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menggantung tugas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, susulan pendedahan oleh media antarabangsa Bloomberg mengenai pemilikan saham beliau.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Rafizi merujuk laporan Bloomberg yang mendedahkan Tan Sri Azam Baki memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partners Berhad, yang dianggarkan bernilai sekitar RM800,000.

Menurut Rafizi, jumlah tersebut didakwa melanggar Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002, yang menetapkan had pemilikan saham penjawat awam tidak melebihi RM100,000 dalam mana-mana syarikat.

Beliau menegaskan isu itu memberi kesan langsung kepada kewibawaan dan integriti SPRM, memandangkan institusi tersebut diamanahkan untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Sehubungan itu, Rafizi mencadangkan tiga tindakan segera diambil oleh Perdana Menteri, iaitu menggantung tugas Tan Sri Azam Baki bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan; Menyemak keseluruhan pemilikan harta Ketua Pesuruhjaya SPRM; Menentukan sama ada wujud sebarang salah laku atau pelanggaran peraturan berkaitan pemilikan saham.

Rafizi berkata beliau akan menunggu maklum balas Perdana Menteri sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung perkara tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat