TDM patahkan cubaan 8 pati warga Myanmar ceroboh sempadan negara

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUBANG PASU – Cubaan 8 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menyeludup masuk ke negara ini tidak berhasil, apabila mereka disekat oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dekat sempadan Malaysia-Thailand pada Sabtu.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Div) dalam kenyataan memaklum kejayaan TDM membuat tangkapan itu berlaku di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

Dalam tangkapan itu, kesemua PATI terbabit ditahan kira-kira pukul 7.22 malam.

Menurutnya, anggota TDM yang sedang melaksanakan rondaan telah mengesan dan segera bertindak membuat pemeriksaan serta menahan sekumpulan PATI yang sedang bersembunyi di dalam longkang di jalan utama dari Padang Sanai menuju ke Sintok.

“Hasil siasatan mendapati kesemua PATI yang ditahan merupakan warganegara Myanmar yang terdiri daripada lapan orang lelaki dewasa lingkungan umur antara 19 hingga 48 tahun.

“Mereka dipercayai telah memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak sah bagi mencari peluang pekerjaan,”kata kenyataan itu.

“Turut dirampas sejumlah wang tunai bersama 8 buah telefon bimbit dengan anggaran keseluruhannya bernilai sebanyak RM 5,352.31 dan kesemua PATI telah diserahkan ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan selanjutnya, ”katanya.

“TDM akan terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan khususnya melibatkan PATI, ”ujarnya. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat