Tak Perlu Pamer Cukai Jalan Lagi – Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini, orang awam tidak perlu lagi memaparkan lesen kenderaan motor (LKM atau ‘roadtax’) pada kenderaan sebaliknya menggunakan mod paparan digital.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif itu bertujuan mengatasi isu pelekat LKM yang kerap rosak dan bermasalah sebelum ini.

Jelas beliau, orang awam boleh mendaftar akaun masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ atau aplikasi mobile MyJPJ menerusi App Store, Play Store dan Huawei App Gallery.

“Buat masa ini, inisiatif itu terpakai bagi kenderaan persendirian individu termasuk pemilik motosikal sebelum diperluas ke fasa seterusnya.

“Bagi pemandu yang belum bersedia, anda masih boleh mengekalkan amalan memapar pelekat LKM di kenderaan masing-masing,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada Jumaat.

Menurut beliau, inisiatif itu turut diperluas bagi Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian menerusi LMM Digital (e-LMM) yang juga berkuat kuasa hari ini.

Anthony berkata, inisiatif digitalisasi oleh JPJ itu membawa kepada penjimatan sebanyak RM96 juta setahun sekali gus mengelak kesesakan panjang di kaunter.

Menurutnya, langkah mod digital itu dibuat selaras Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di mana ‘setiap LKM hendaklah dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan berkenaan’ tidak lagi dikuatkuasakan bagi fasa pertama pelaksanaan ini.
“Pengecualian ini akan diwartakan di bawah kuasa yang diberi kepada Menteri Pengangkutan di bawah Seksyen 127 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bagi fasa pertama ini, ada tiga kategori pemilik kenderaan yang masih wajib mempamerkan LKM iaitu LKM persendirian syarikat, kenderaan milik warga asing dan kenderaan perdagangan (kenderaan barang dan perkhidmatan awam).

“Manakala, bagi LMM pula, empat kategori yang masih perlu mengemukakan LMM iaitu pemegang lesen belajar memandu (LDL), pemegang lesen vokasional, pemegang lesen memandu warga asing dan pemegang lesen memandu negara luar oleh warga asing,” katanya.

Tambah beliau lagi, orang awam digalakkan mendaftar akaun masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] ataupun aplikasi mobile MyJPJ yang boleh dimuat turun dari App Store, Play Store ataupun Huawei App Gallery.

Ditanya mengenai aspek penguatkuasaan pula, kata beliau berkata, paparan mod digital LKM dan LMM akan menjadi lebih mudah kerana penguatkuasaan JPJ adalah selari dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, Anthony berkata, pemilik lesen juga boleh menyimpan salinan tangkap layar mod paparan digital LKM dan LMM untuk tujuan pemeriksaan penguatkuasaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat