PRN Johor: PKR tawar tiga kerusi kepada MUDA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PKR Johor menawarkan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada MUDA,” kata Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.

Katanya, PKR masih menunggu maklum balas tersebut daripada pihak MUDA.

“Berhubung isu agihan kerusi, PKR telah mengadakan tiga siri rundingan bersama dengan MUDA selari menepati hasrat yang dinyatakan oleh Majlis Presiden PH dan PH Johor.

“Dalam siri rundingan tersebut, masing-masing telah memberi pandangan secara jujur dan terbuka.

“Hasil dari rundingan ini, PKR telah menawarkan tiga kerusi kepada MUDA dan sedang menunggu maklum balas berhubung tawaran tersebut,” ujar Syed Ibrahim.

Pun begitu, Biro Politik MUDA dalam kenyataan berasingan berkata, rundingan antara MUDA dan PKR masih lagi belum dimuktamadkan.

“MUDA telah mencadangkan untuk bertanding di tiga kerusi. Ketiga-tiga kerusi ini bukan kerusi yang telah dimenangi atau ditandingi oleh PKR pada PRU yang lepas. MUDA menghormati hak rakan-rakan PKR untuk mempertahankan kerusi sedia ada.

“Namun begitu, PKR belum lagi memberikan kata putus berkenaan tiga kerusi tersebut,” katanya.

Walau bagaimanapun, MUDA yakin dan percaya bahawa atas semangat kebersamaan dan demi rakyat Johor, satu rundingan yang telus dan jujur perlu dibuat.

“MUDA juga mencadangkan agar setiap intipati rundingan diselesaikan bersama secara sulit sebelum diumumkan ke pihak media atas semangat ketelusan bersama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat