Mohd Shafiq dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa hari ini.

Pemakluman itu disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Seri Mohd Zuki Ali .

“Sukacita dimaklumkan bahawa Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa pada 10 Februari 2022.

“Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Saya yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Mohd Shafiq mampu menggalas amanah dan tanggungjawab dalam menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi kerajaan,” kata Mohd Zuki dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Shafiq Abdullah, 58 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Meiji, Jepun.

Beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 30 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri pada 1 Disember 1992.

“Kerajaan juga merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tan Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman atas segala khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,” ucap Mohd Zuki.

Sebelum ini Suara.TV pernah melaporkan ramalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dijangka akan dilantik sebagai KPPA yang baru menggantikan Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman yang bersara wajib.

BACA: https://suara.tv/24/01/2022/ksu-kementerian-kesihatan-bakal-kppa-baharu/

Menurut sumber, selain Mohd Shafiq, nama lain yang dalam senarai pendek ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohamad bin Mantek, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Rose Lena binti Lazemi.

Dari nama-nama terbabit, Mohd Shafiq dan Wan Ahmad Dahlan dilihat antara calon yang bersaing sengit dalam pelantikan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat